Saturday, September 4, 2010

Biskut Dahlia

Salam...
Biskut Dahlia a.k.a samperit ni kegemaran anak2 saya..sian lak anak2 dok minta biskut ni..sebenarnya saya tak larat nak membako..lama gak tu nak ngabihkan satu adunan..tambah2 lak ngan dak kecik ni lagi la susah..seb baik adik bongsu kite yang dok UniMaP tu dah bercuti..ada gak la assistan tulun2..kalau wat sorang2 kira mintak ampun la..resepi ni amek kat umah Che Mat Gebu. CMG minta halal ya resepi ditempek kat sini.Saya wat setengah adunan jerr
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit .(sy bako 120'C-10min)
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  Sedap biskut ni..gebu jerr

2 comments:

izahdaut said... Balas

cantiknyeee...biskut ni rapuh je cair dlm mulut kan...

lina_pg said... Balas

izah> betul tu izah, cair di mulut..anak2 suka sangat..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...