Chicken Pop Corn/Ayam Salut Tepung

By LiNa_Pg - Friday, July 26, 2013

Assalamualiakum...
Kembali bersiaran...alahai ada yang ternanti2 n3 terbaru ke?Sori la yea tuan umah bz sket.Kadang2 tak sempat nk snap pic pun..Chicken Pop Corn sy yg bagi surat beranak hehe, tuan tanah dia bagi nama Ayam Salut Tepung, memandai jer tuko kih2.Jangan maree yea ct..nanti kena juai...Resepi saya amek dari ct kat fb rasanya kat blog dia tadak kot n3 ni..Chicken pop corn ni sy goreng last minute, makan panas2 barulah sedap kan.Saya goreng sedikit demi sedikit, tengok2 makin banyak yang luak rupanya dak tecik Maisarah suka makan, dia asyik ulang alik makan..terdetik dalam hati mesti sedap ni,  tekak maisarah adalah yang paling cerewet..paling memilih untuk makan, bila dia suka..mama dia lagi suka.So, ibu-ibu di luar sana kalau ada anak2 kecil boleh lah buat Chicken Pop Corn ni, InsyaAllah anak2 mesti suka.

Chicken Pop Corn nama diberi sebab rasa n fizikal menyamai Chicken Pop Corn McD..aroma daun kari bagi sentuhan melayu sket..tadaklah omputih sangat hehe..Pic dari enpon only...
RESEPI CHICKEN POP CORN/AYAM SALUT TEPUNG
Sumber :  ct zaliedana
Sumber : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 4 ketul dada ayam 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1sk serbuk kari
  • 1sk serbuk cili
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 biji telur
  • Sedikit daun kari
  • Garam, lada sulah (AjiShio), lada hitam, rosemery
  • Minyak

Cara-Cara:
  1. Dada ayam dipotong kecil-kecil, cuci bersih dan toskan.Lap dengan kitchen towel.
  2. Perasakan ayam dengan garam. lada sulah,lada hitam dan rosemery.
  3. Masukkan daun kari dan pecahkan telur dan gaul rata.Perapkan sebentar (LiNa Pg perap 1/2 jam)
  4. Satukan tepung gandum, serbuk kari, serbuk cili dan kiub ayam.Gaul rata (ayak pun boleh)
  5. Golekkan ayam ke dalam adunan tepung biar rata seleruh ayam dan goreng hingga golden brown secara deep fry.
  6. Angkat dan toskan.Sedia dihidang bersama sos cili  atau juga enak dimakan begitu sahaja 
***********S E L I T         O R D E R       H A R I     I N I *********
Tempahan Kek Coklat Moist untuk besday.Sangat simple
Berat ~1.7kg.Terima kasih sudi menempah..

  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. Assalam , menarik tu, mesti rasa sedap sebab dak maisarah suka mkn tu, sama ngan amani juga kalo yg sedap n kena ngan selera dia boleh dia minta2 lagi kalo dh habis, tapi susah nak cari kesukaan dia huhu

    Klao buat mcm ni best sikit la bagi yg tak suka isi banyakkan

    ReplyDelete
  2. @EmbunRosaliza
    wslm, memang sedap dan rangup kak rosa..sarah suka sangat..

    ReplyDelete
  3. Puas hati rasanya kalau apa yang kita sediakan disukai anak-anak... hilang rasa letih memasaknya kan Lina.

    ReplyDelete
  4. Salam Lina...kat umah k.atie ni,klu anak2 pulang bercuti br la 'naik' ayam kerumah.Kdg2 jemu asyik mkn ayam jer...tp dah itu kesukaan anak2 kita ikutkn jer la :)

    ReplyDelete
  5. Assalam kak lina..tmbh dun kari lagi best kan..sy ritu nk kta ciken pop cotn jga,tpi sbb ptong xkcik mcm mcd n keoci.tuh kta ayam salut tpungbjerk.hihi.
    psttt kak akk ade letak 1sdt bking pwder x..tgk lam rcp xde..

    ReplyDelete
  6. @Zaliedana
    wslm ct, kebetulan ada daun kari yg nk monopouse akak masukkan sekali la ada gak aroma yg membangkitkan selera.
    W'pun dah jd rupa pop corn kepci n McD tp rasanya memang pop corn hehe..
    Baking powder tak letak..dah ayak suma terlupa..tu yg tak masukkan dalam rcp..Nak CnP umah ct tak jumpa lak huhu..
    Main taip ikut cara akak buat ajerlah..
    Pepon terima kasih memang best

    ReplyDelete
  7. @♥♥azatiesayang ♥♥
    wslm kak atie..budak2 ni memang suka sangat makan ayam...adoi tak reti jemu

    ReplyDelete
  8. @Amie
    Betul tu kak amie..si kakak dan abang tu tak memilih sangat..apa yg mama dia masak suma makan, tp dak maisarah ni memilih sket..bila dia suka makan..kite pun sonot

    ReplyDelete
  9. haaa.. xyah dh beli kat mcD kan. buat sendiri dpt mkn byk2.

    ReplyDelete
  10. Aslmkum Lina

    kalau yg dimasak anak2 suka kitapun suka sama.tp chicken pop gini mmg favorit anak2....cicah sos pun sedap...meratah..

    ReplyDelete
  11. guna tepung gandum,bila sejuk..ayam tu jadi rangup lagi dop?

    ReplyDelete