Kuih Lompat Tikam, Hepi Besday Buat Maisarah Dan Tempahan Kek Buah

By LiNa_Pg - Monday, July 22, 2013

Assalamualaikum...
Salam siaran...entry 3in1 ari ni, kiranya wat sekali harung namanya hehehe.Senang citer, xyah type banyak2 kih2.Ok memula pemanis mulut dulu, Kuih Lompat tikam (dezet mggu lepas lagi ni) asyik tertunggak jer n3 nk wat camana asyik bz jer.Bz ngan apa pun tak tau lah.Kuih Lompat Tikam ni sangat popular di Kelantan.Kalau orang Kelantan mesti pernah merasa kuih ni sangat sedap lemak manis gitew.Kalau teringin mencuba, silakan..

Kali ni wat versi dalam cup ni senang nk makan..
RESEPI LOMPAT TIKAM

Lapisan Hijau
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 Sudu besar air kapur 
CARA2
  1. Satukan kesemua bahan2 diatas tapiskan kedalam kuali. 
  2. Dengan menggunakan api yg sederhana kacau sehingga pekat dan berkilat. 
  3. Sejukkan di dalam loyang.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Lapisan Putih
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit garam
CARA2:
  1. Satukan kesemua bahan diatas.
  2. Kacau diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat
  3. Rasakan untuk mendapat rasa lemak2 gitu
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Pulut 
  • 1 cawan pulut
  • sedikit pewarna merah
  • sedikit garam
  • 1 cawan santan ( anggaran )
CARA2:
  1. Masak seperti memasak nasi...Sukatan santan sepatutnya lebih sedikit dari pulut
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Kuah Nisan
  • 3 keping nisan / gula melaka
  • 1 cawan air
  • Daun pandan simpul
CARA: 
  • Masak sehingga agak pekat sedikit
**********************************************************************
22 hb Julai merupakan Hari Kelahiran my lil princess, Wan Nurkhalisha Maisarah yg ke-3.Semoga anak mama ini diberikan kesihatan, panjang umur,dan membesar menjadi anak yang soleh berjaya di dunia dan akhirat.
Inilah buah hati, pengarang jantung mama dan abah (baju peberet ni, selalu baju ni yg masuk kumira hehe)

**************************************************************
TEMPAHAN KEK BUAH KUKUS (Buat iklan sket)
Alhamdulillah..bulan posa ni pun dapat tempahan kek juga, kek ni telah slamat dipos oleh my laling pagi tadi.Jauh jugak berjalan kek buah ni...aritu telah ke Selatan Tanah Air iaitu Melaka, kali ini akan ke Selangor pulak.Kepada sesiapa yang ingin mencuba kek buah kukus ni, boleh lah email kepada saya.InsyaAllah saya akan uruskan penghantaran (tp kena caj lah kos pos laju tu).Untuk makluman Tempahan Kek Hari Raya telah tutup yea...kalau nk awal boleh jer..Cuma tarikh 3,4,5, dan 6hbOgos dah penuh..
 Kek Buah dikukus selama 4jam.InsyaAllah akan tahan selama sebulan (Jika disimpan dengan baik dlm bekas kedap udara)
Fresh from my oven  steamer (kukus wei) terus ke rumah anda hehehe..harap2 parcel dan kek buah ni sampai dengan selamatnya...

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. Assalam, akk belum mkn lagi lopat tikam posa tahun, nak buat bila tah ni, cantik pulak tgj bila di susun2 mcm tu, kemas n teratur je

    Selamat Hari Lahir Maisarah, semoga membesar menjadi anak yg soleh berjaya dunia dan akhirat, seerta di lindungi Allah sentiasa

    Alhamdulillah rezeki semakin berkembang sudah, jauh tu tempahan tu

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir sweet princesss
    Tergoda tgk desert tu yummy

    ReplyDelete
  3. Happy birthday to ur dotter...semoga dia membesar menjadi anak yg sihat, solehah serta akn senantiasa menenangkan hati mama n papanya...
    Thx lina..puding trifle yg awk ajar jadi..mcm x percaya saya yg x pandai ni blh buat trifle..hehe..kuih lompat tikam ni pernah belajar dgn in law..siap guna dapur kayu lg..berasap2 muka..buat seperiuk besar lg..lepas tu masuk dlm talam..2 hari mkn x habis!Tp ..dah lupa..hehe..

    ReplyDelete
  4. @EmbunRosaliza
    wslm, sedap jugak makan lopat tikam bula posa n..cam satu kenikmatan lak hehe..

    Terima kasih mok ngoh..amin..amin

    ReplyDelete
  5. @yana
    Thanks yana....amin atas doa tu..

    Alhamdulillah sonot sy dengar bila rcp menjadi.jika baca n follow arahan pada rcp, insyaAllah akan menjadi

    ReplyDelete