Assalamualaikum...
Cam pelik jer kan tajuk n3 kat atas tu?Apa lak Kari Ikan Beras Sangai.Ekceli resepi kari ikan kali ni agak istimewa sket sebab menggunakan petua menjadikan Kari Ikan bertambah sedap.Iaitu dengan menambahkan secret resepi hehe beras sangai tumbuk.Memang lain benar hasilnya, kuahnya pekat dan sedap.Biasanya saya akan menggunakan bawang besar blend untuk memekatkan kari.Kali ni saya kongsikan beberapa petua untuk sedapkan kari.
Sedap kuah pekat2 camni.Bendi lupa beli..namapk bodow2 ajer huhu
Ini rupa beras sangai yg ditumbuk..ni lom siap tumbuk lagi..masih kasar2 hehe
RESEPI KARI IKAN JENAHAK
Sumber Petua : Chahaya Sheila
Resepi: LiNa Pg
2 ketul kepala ikan jenahak (kali ni guna 4ketul isi ikan jenahak)
2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
1 sudu kecil serbuk kas-kas
1 sudu kecil halba campur
2 sudu makan cili giling
2 sudu makan gula merah
1 labu bawang besar (dihiris nipis )
6 ulas bawang merah ( tumbuk )
2 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 cm halia ( tumbuk )
2 biji buah tomato dibelah empat
Daun kari
1sb beras (sangai)kemudian tumbuk halus
Kacang bendi
Minyak
Air asam jawa
Garam dan perasa
Air secukupnya
Cara Penyediaan:
Tumiskan bawang besar, daun kari dan halba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
Masukkan cili giling tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
Masukkan beras sangai yg ditumbuk halus.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
Masukkan air ikut suka banyak mana.
Masukkan cili padi (petua menyedapkan kari).Boleh juga masukkan cili hijau yg dipatah-patahkan.
Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
Kemudian masukkan ikan.Simbah2kan kuah ke atas ikan.Sesuaikan rasa
Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api
11 comments
Wah! Menariknya resepi ni Lina... tak muak dengan santan, pekat pula dengan beras tumbuk ye, memang patut dicuba ni. Tq for sharing darling.... banyak dah ngukis?
ReplyDelete1st time ni tgk kari masak dgn beras sangai...camne la rasanya...mau dicuba nnti...
ReplyDeleteA ah pertama kali dengar..tapi nampak sedappppppp!!!
ReplyDeletesedapnya.. nak try gak lah... kari jadi pekat kan camni.. teringat hari tu dlm pantang, mr mama masakkan kari jenahak.. punya la sedap.. sampai skrg teringat.. hmmm..
ReplyDelete@Amie
ReplyDeleteMmang sdap kak amie, selalunya kalau kari camni sy tak guna santan tp pekatkan dengan bawang besar.Tp kali ni guna beras tumbuk lagi best..
@Asyifa Mustaffa
ReplyDeleteCam pelik kan beras masuk dalam kari, tp sedap...tak rugi bereksperiment dengan petua ni
@Qashmere
ReplyDeleteMemang sedap..harus cube :)
@JaSSNaNi
ReplyDeleteSuka kari pekat2 camni.Cubalah Nani..insyaAllah sedap
Salam kak lina... 1st time jugak dgr kari letak beras sangai nih.. nmpk elok pekat dia.. kalau tun dh buat lepeng bawang nih. mmg feveret la lempeng bawang cicah kari ikan..
ReplyDeleteSangat menarik resipi ni, nampak kaw2 kari tu, boleh di cuba juga ni. memang tak pernah mkn n mencuba kari letak beras ni, teruja nak mkn rasanya
ReplyDelete1sb tu apa ya..1 sudu besar ke?
ReplyDelete