Resepi Biskut Dahlia Rose

By LiNa_Pg - Wednesday, July 31, 2013

Assalamualaikum..
Tak abes2 ngan samperit/Biskut dahlia kan?Nak buat camana anak2 suka ngan sekut raya ni.Kali ni saya buat kaler maler bagi comey sket(kunun la kan) tapi pucat lesi jer kaler tuh tak bermaya cam tuan dia yg tak bape ada mood nk ngukis huhu.Ni sekut terakhir dah..tak buat dah..sebuk nk membaking kek raya tempahan tu.Lom buat apa2 lagi event kek buah pun tak stat ngukus lagi.
Okey terus pada tajuk biskut Dahlia ni saya menggunakan resepi yang sama iaitu rcp CMG cuma saya gantikan tepun kastad kepada tepung ubi.Tapi sebab tadak tepung ubi saya gunakan tepung kentang.Sama gak lah kentang pun ubi gak haha.Seb baik menjadi hihi

Ni lah tupa Dahlia kawen ngan rose.Jadilah Dahlia rose haha
 Pic ni tak cukup cahaya kelabu asap sket, ekceli kaler cam yg atas tuh..
RESEPI BISKUT DAHLIA/SAMPERIT
Sumber :CMG
Sumber : LiNa Pg

Bahan-Bahan (Anggaran 120 pcs)
  • 300 g mentega
  • 160 g gula aising 
  • 2 kuning telur (LiNa Pg gn gred A)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 240 g tepung gandum*
  • 100 g tepung jagung*
  • 160 g tepung kastard*(*LiNa Pg gn tepung kentang)
  • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
Cara Membuatnya
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.(Linapg gn kaedah kaub balik gn spatula sj)
  3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran
  4. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. (LiNa Pg tekan double layer, ijo then pink)
  5. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit (LiNa Pg bako suhu 165'C selama 15-20min, gn api atas dan bawah supaya biskut masak sekata)
  6. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Note:
Sekiranya lepas tambah pewarna, adunan menjadi lembik, tambah sedikit tepung gandum (LiNa Pg tambah dalam 1sb untuk setiap bahagian)

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. @Acik Erna
    Terima kasih acik, cube2 jer ni.Seb baik menjadi

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kak...naik bunganya tu...

    ReplyDelete
  3. cantikk...
    tp dari mana dtg warna pink tu ye? atau pewarna pink tak ditulis dlm bahan?

    ReplyDelete
  4. Ingatkan dah komen , rupanya belum lagi, cantik bila di gabungkan mcm ni, sweet kaler pink tu.

    Ooo baru ingat semlm keyboard akk tak leh taip patut la

    ReplyDelete
  5. Cantiknya Dahlia Rose Lina he heheh... boleh guna tepung kentang ye, betullah tu kena pandai2lah ubahsuai kan Lina.

    ReplyDelete