Thursday, November 7, 2013

Salak Denai Chalet Tempat Santai Family Yg Best

Assalamualaikum...
Mengambil peluang cuti panjang week end, Deepavali dan Awal Muharam kami merancang untuk bercuti secara santai ala-ala piknik gitew.Malas benor nk drive jauh2 n booking hotel.Dah selalu sangat cuti2 yg gitu rupa...dah boring dah wey...
Pemilihan Salak Denai Chalet memang tepat kerana setiap chalet disediakan private pool..wah kelass gitu ala-ala orang kaya...swimming pool depan mata jer..Yg best tak share ngan orang lain.Dalam kolam tu ahli keluarga sendri jer.Sejukkkkkk mandi air bukit.Tanpa klorin dan bersih.Kolam di sini dicuci setiap hari oleh owner chalet..
Chalet yang kami pilih ialah Chalet Siti Saffiyah, mempunyai 2 bilik tido dan satu bilik kosong.Ada 3 bilik air/toilet.Kemudahan lengkap macam umah sendri.Peti ais, dapur, tv dan juga tempat BBQ.
Hurmm ada yang berminat ke nak pi cuti santai kat sana ke?Okey secara ringkas saya bagi direction tempat di terletak di Peranginan Batu Hampar.Mesti sampai ke Yan dulu dan cari Batu Hampar..pastu akan jumpa sign board Salak Denai Chalet (sign board kecik jer yea)atau boleh juga guna GPS.Tapiiiii signal selalu lost sebab terlindung ngan bukit agaknya..Kami sampai ke sana berpandukan GPS, bila lost guna sign board lak..Alhamdulillah selamat sampai
Untuk tempahan SALAK DENAI atau contact 012-537 6151.
Dengan menghantar sms kami telah berjaya booking..Alhamdulillah tempahan seawal 2mggu sahaja.Ada jugak pengunjung yg terpaksa tempah seawal 6bulan sebab chalet ini sentiasa penuh.Sila jangan berangan untuk sampai ke sini secara terjah kerana percayalah (Ala2 lagu tok ti) korang terpaksa pulang dengan keciwa haha..gi la mandi kat terjun yg berdekatan..nk mandi dalam pool bagai kena booking awal yea..

PERINGATAN : 

SAYA TIADA KENA MENGENA DENGAN CHALET NI SEKADAR BERKONGSI INFO SAHAJA, JIKA BERMINAT SILA CONTACT OWNER JANGAN LAK E-MAIL TANYA SAYA MACAM2.
Inilah yang dimaksudkan dengan 'denai' laluan kecil
Dari jalan besar jumpa sign board ni terus masuk jalan kecil 'denai' mcam gambar kat atas tu..Kredit tu kak rosaliza saya tak sempat snap gambar ni sebab dok melilau cari sign board..
camni jer luarannya,tp sebab ada private pool untuk setiap chalet, tempat ni jadi sangat femes...Percayalah ianya sentiasa fully booked
Chalet Siti Saffiyah.Walaupun luaran nampak usang skampung style la katakan, tapi kami semua sangat enjoy..
salah satu bilik tido..time ni anak2 dah terjun kolam..tu yg pakaian berselerak.
Bilik air, walaupun kecil tp bersih
Bilik tido lagi satu..juga ada bilik air..
Bilik kosong, cuma ada kipas dan tikar.Boleh buat lepak2 dan tido gak kat sini.Opss ada xtra tilam dan bantal jugak yea..
Maka seisi mandi manda pun bermula, time ni kaum ibu sibuk siapkan meja makan nk santap
No camera please hehe..pada hal maisarah dok tengok tangan dia kecut
Macam best jer..macam best jerr..memang sangat besttt
ni kolam dewasa..tp Adda,kak yang n nisa pun mandi dalam kolam ni jugak..ada pelampung hehe
si kecil dok dalam kolam kecil jer yea..senang nk pantau

Ada tempat gelongsor bagai..sangat enjoy anak2 suma..kat hujung tu ada toilet n bilik air.Tepi tu tempat BBQ dan dapur.Boleh main masak2
Dari pagi membawa ke petang, dari panas hingga hujan dan dari siang hingga ke malam, anak2 masih dalam kolam..memang tak reti sejuk langsung..
Dari penuh kolam, sekarang tnggal bertiga jer
 si kecil yg tak reti sejuk
 Begitu sayang ngan pelampung dan bola, mata masih merening ke dalam kolam.Walaupun badan sudah menggigil
 Tengok mama yg tengah merayu supaya naik mandi dan tukar baju...
Akhirnya sang juara mengalah jgak dengan sogokan susu panas haha...Maisarah orang paling last meninggalkan kolam pada malam hari...esok terjun kolam lagi sebelum check out
Kami nak balik dah..ada rezeki boleh datang lagi
kami kelag colgate hihiii
 My Lovely family
Family kak rosaliza
Kami dah nk berangkat ni bye..bye..
Pasni kite ke Puncak Gunung Jerai lak.Ni acara spontan, jenuh gak nk cari jalan untuk mendaki tu.Alhamdulillah akhirnya dapat jugak sampai..Jalannya sangatlah advanture,tp berbaloi sebab dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t..
Destinasi seterusnya ialah Gunung Jerai.Pic ni snap dari dalam kete jer..hantam saja ngah tunggu nk corner baring masuk simpang haha...sempat lagi tu
Perjalanan yg mencabar.Banyak tul sang monyet berkeliaran.Sila berhati2 ya...selekoh tajam
Akhirnya kami sampai ke Puncak..udara sungguh nyaman kat sini
cam biasa mesti tak lepaskan peluang amek gambar..ni kat tengah jalan ni haha
Time posing2 ni sebenarnya dok tggu anggota delegasi gi toilet..snap ajerlah ke mana arah pun tetap cantik walaupun hanya back ground papan tanda..hutan yg menghijau sejuk mata memandang..
Kat Puncak..cantik gak pemandangan dari atas
Posing lagi hihiiii
Model kecik takmo bagi kerjasama..keje nk berlari ke sana sini jer..Adoi 

17 comments:

asyifa mustaffa said... Balas

Bestnya....

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

walaupun tempatnya simple... tp mmg nampak seronok bersantai kat sana... kita nak mandi manda pun tak segan sgt sbb kolam tak bercampur ngan org lain.. hehe..

LiNa_Pg said... Balas

@asyifa mustaffa
Memang best sangat compare ngan mandi manda kat taman tema tu..

LiNa_Pg said... Balas

@MaDiHaA a.k.a Ratna
Betul tu kak MadihaA, simple tapi selesa untuk santai bersama keluarga.Yg penting boleh mandi manda ngan selesa sebab tak campur ngan org lain

Amie said... Balas

Panjang entrinya dengan gambar2nya sekali... tq for sharing Lina. Macam best jer... ambil no, mana tahu satu hati berminat nak ke situ.

ezzyra said... Balas

bestkan..nti kita g jalan2 lagi ye..

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Rasanya n3 paling panjang ni, saja tepek wat kenangan..

LiNa_Pg said... Balas

@ezzyra
Bestkan...InsyaAllah ada rzki boleh pi lagi..bab nk cari slot kosong tu yg susah tu..

tun_telani said... Balas

seronoknyerrrr... dh lama x pergi holiday beramai2, semua bizi cuti x sama. huhu

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam, memang kat sini tempat paling best santai bersama famili, kalo famili kecil tak syiokkk juga mandi, sebab kolam tu agak besar, tak meriah mana lah kalo famili kecilkan.

Bila di tanya pada anak2 laju je jawap, nakk, nbila nak g lagi heheh.

Gunung jerai, nyaman sejuk mata memandang, bila tgk jelapang padi luas terbentang , laut nan biru, awan berarak memang tenang sangat jiwa.

Terima kasih ya ajak kami santai bersama.

Semalma dah komen tapi tak lepas , agaknya internet slow sangat kut

myda_ahmad said... Balas

saya dh pergi,mula2 saja nk jln2 je..tapi bila dh naik atas tak mo turun pulak....baju sehelai sepinggang je...last2 nekad gak bermalam kat atas...dgn baju sepasang jer....makanan langsung xbawa..dhlah mahal makanan kt hotel tu....my hubby punya pasallah nie...nak tembak pic kt sini,mmg cantik sgt....dia kat nk masuk fotograpy contest...tu yg kena stay kt atas...

nana zarina said... Balas

Memang sgt best.... ingatkan area lembah kelang.. kalo dekat dah confirm saya pegi ni...
www.villavitaminibu.blogspot.com

zarulfarhana said... Balas

Wah best mmg nak mncuba

Raudzah Raudzz said... Balas

Salam..berapa rm sewa chalet? :-)

Raudzah Raudzz said... Balas

Salam..berapa rm sewa chalet? :-)

LiNa_Pg said... Balas

@Raudzah Raudzz
RM300..info lanjut boleg contact owner..ada no dalam n3 ni

Firdaus Fabian Abdullah said... Balas

Tapi kenapa call owner susah nak dapat ye?asyik call tapi x dapat...huhu

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...