Resepi Caramel CheeseCake

By LiNa_Pg - Thursday, May 08, 2014

Assalamualaikum...
Agak lama jugak tak makan cis kek.Nisa dah lama dok request tp mama buat2 tak ingat jer.Ada yg nk kek karamel n cis kek, bila lyn tayang Caramel Cheese Cake terus cuba buat kiranya 2in1 la ni.Dapat memenuhi kemahuan anak2.Maisarah mmg peberet dia la kek ada cis camni.Seronok tengok dia makan..
Okeylah xmo bebel panjang, kite layan mata n semak resepi.

Memang sedappppp sangat Caramel Cheese Cake ni.
 disebabkan kejadian kek ni sangat sempurna di mataku, maka rajin la snap gmbr byk sket kikii.Jangan ada yg boring ya
 
 Karamel n cis kek mmg gandingan mantap

RESEPI CARAMEL CHEESECAKE

Bahan A (Gula Hangus)
  • 4 tbsp gula kaster (LiNa Pg gn 2sb gula pasir)
Bahan B (Puding Karamel)
  • 6 biji kuning telur
  • 200g susu cair  (LiNa Pg gn 1 cawan)
  • 70g air
  • 1 sk esen vanila
Bahan C 
  • 4 biji putih telur
  • 50g gula kaster
  • 1/4 tsp cream of tartar
Bahan D
  • 500g cream cheese
  • 150g gula kaster
  • 40g butter
  • 4 biji kuning telur
Cara-Cara:
  1. Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.
  2. Satukan bahan2 B & gaul hingga sebati. Tuang sambil menapis kedalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.
  3. Kemudian, pukul bahan2 C hingga pekat & bertanduk.
  4. Pukul bahan2 D kecuali kuning telur hingga lembut & licin, masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul kedalam adunan cheese (bahan D) tadi. Pukul sebati selama 1 min.LiNa Pg guna kaedah kaub balik dengan spatula jer
  6. Bakar guna water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 160 C (LiNa Pg bakar suhu 150'C)
  7. Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.
Kek yg baru masak
 selepas diterbalikkan
Nota LiNa Pg:
Untuk rcp cis kek LiNa Pg menggunakan rcp INI

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. oooo Lina... selamat pagi... kalau dekat rasa nak mintak je sepotong... terliur pulak tengok cheesecake karamel tu pepagi gini... adeeeehhhh

    ReplyDelete
  2. @Amie
    Sedap kak amie...tak dan separuh hari dah clear kek ni,paling laju dihabeskan anak2

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaaa akak tengok lina... boleh berlipat ganda lemak akak ni lina.. nak cuba jugak ni :)

    ReplyDelete
  4. cantiknya lina...kejadian kek tu! dan nampak sedap. Masih fobia nak mencuba gara2 dulu kek karamel yang pecah bila diterbalikkan.

    ReplyDelete
  5. @CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
    Memang sedap kek ni..anak2 suka sangat..abaikan lemak buat seketika kikiii

    ReplyDelete
  6. @Ita Rossi
    Terima kasih..
    Rasa seindah rupa hahaaa(perasan lebih)
    Cuba lagi jgn putus asa, pas kek masak biar jao dalam 1/2jam baru terbalikkan..insyaaAllah ok

    ReplyDelete
  7. Salam kak lina.. 2ketul cream cheese guna ye.. huhu.. mmg penuh rasa cheese nih..

    ReplyDelete
  8. Assalam kak lina....saya bagi fullmark utk kak lina sebab perfect betul keknya...well done sebab berjaya kasi buat saya terliur,hehe

    ReplyDelete
  9. as salam lina...nak tanya,bhan A &B x pyah kukus dulu ke

    ReplyDelete
  10. Nabila syamimi - Tak payah bakar/kukus dulu..

    ReplyDelete
  11. kak lina, kek yg ni akak guna whpg cream ke x?cnfuse..

    ReplyDelete
  12. ape mksd bakar guna waterbath ?

    ReplyDelete
  13. Kek ni x guna tepong langsung yea?

    ReplyDelete