Assalamualaikum...
Lama hilang mulalah lemau nak update blog kesayangan ni.Okey hari ni saya nak share resepi kailan ikan masin yang simple campak campak siap, sedap pulak tu hehe.Tapi sebelum tu saya nak kongsikan sedikit tips cara untuk cuci kailan.Tips ni bagi mereka yang belum tahu, yang dah pandai dan dah tahu tu abaikan sahaja ya.Perasan tak selalunya bila kita beli kailan, macam ada satu lapisan warna putih kat daun kailan.Macam wax atau racun ke apa tak pastilah.Kalau sawi tak ada pulak selaput putih-putih gitu kan?Kebiasaannya bila kita cuci dengan air paip biasa, selaput/layer putih tu masih ada lagi kat daun kailan.Kiranya memang tak hilang dengan mudah.Sedikit tips (yang ni boleh tengok di youtube malina lina pg) mula-mula basuh kailan macam biasa.Basuh guna air paip.Kemudian masukkan sedikit garam ke dalam yang berisi air, lepas tu rendam kailan selama 5min.InsyaaAllah daun kailan akan kelihatan hijau dan segar.Lapisan putih pun hilang.Kalau ada siket-siket lagi tu 'tenyeh'lah/gosoklah siket guna tangan haha.Okey itu sahaja tipsnya senang kan?Cuma rendam dalam air berisi garam.Lepas tu boleh masak macam biasa.
Okey berbalik kepada topik asal iaitu Kailan Ikan masin, menu ni kalau makan kat kedai siam, memang sentiasa order..sedap sungguh tambah pulak portionnya ciput jer lagilah sedap hihi..
- Kailan dibersihkan, boleh ikut tips yang lina pg berikan sebagai panduan.Kemudian potong mengikut kreativiti masing-masing.
- Panaskan minyak (dari bekas/botol ikan tenggiri jeruk) goreng ikan tenggiri hingga masak.Hancurkan isi ikan tenggiri.
- Masukkan bawang putih dan cili padi, kemudian tumis hingga garing.
- Masukkan batang kailan dan bawang holland.Tumis sekejap.
- Masukkan sos tiram, sos ikan dan sedikit sahaja air.Biarkan sekejap supaya batang kailan lembut.
- Masukkan daun kailan (besarkan api)Kacau cepat-cepat.Akhir sekali masukkan cili merah.Tutup api.Siap.
2 comments
sedap betul makan nasi putih panas2
ReplyDeleteharitu ammi teringin tapi takde jeruk ikan masin tenggiri tu..ammi guna je kepingan ikan kurau tumbuk2 dengan bwang...belasah janji ada rasa ikan masin hahah
ReplyDelete