Resepi Ikan Siakap Masam Manis Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Berbuka Puasa

By LiNa_Pg - Thursday, March 10, 2022

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, nampak tak semacam rajin je update blog.Bila terasa agak kelam kabut nak habiskan resepi dalam folder, semangat;ah kejap menghadap laptop, semoga kerajinannya itu berkekalan.Kita tengok jauh mana si lina pg tu boleh pegi hehe.

Okeylah hari ini saya nak kongsikan satu resepi lauk ala-ala restoran Thai gitu iaitu siakap sweet and sour atau ikan siakap masak masam manis.Saya tak tahulah kenapa, bila buat resepi lauk pauk di youtube, agak kurang sedikit jumlah tontonan.Masa saya survey di community youtube rata-rata bagi feedback minta resepi lauk pauk tapi video dah release krik-krik pulak jadinya.Berlainan sekali bila buat kuih muih terutama kuih tradisional, viewnya memang sangat memberangsangkan.Apabila saya bersembang dengan suami, katanya mungkin ramai yang sangka ikan siakap adalah ikan 'mahal' untuk golongan kayangan sahaja.Padahal ikan siakap berada dalam kelas biasa-biasa sahaja tidaklah mahal seperti jenahak/kerapu dan sebagainya.Tapi tak apalah view itu belakang kira, apa yang penting ialah idea memasak dan resepi yang dikongsikan semoga ianya memberi manfaat kepada mereka di luar sana.Boleh juga dijadikan rujukan untuk anak-anak saya nanti.

resepi siakap masam manis, siakap sweet & sour, resepi ikan siakap mudah dan sedap, ikan siakap nak masak apa, idea lauk berbuka puasa, resepi ikan siakap,

Resepi Ikan Siakap Sweet and Sour
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 labu bawang holland (dadu)
  • 2 biji buah tomato (dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 biji cili padi cincang kasar (jika suka lebih pedas)
  • 5 sb sos cili thai (boleh jg guna soso cili biasa)
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • sedikit nenas (linapg guna 1 slice)
  • 1/2 biji epal hijau (dadu) tak de boleh skip
  • tomato ceri/ tomato biasa (untuk hiasan)
  • daun ketumbar dan salad
  • garam, gula, kunyit dan sedikit tepung jagung
  • 1/2 cawan air (atau secukupnya)
  • minyak

Cara-Cara
  1. Ikan siakap dibersihkan dan kelar-kelar.Perasakan dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan taburkan tepung jagung.Ratakan ke keseluruhan ikan.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak.Ketepikan sebentar.
  3. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis bawang holland hingga sedikit layu, masukkan bawang putih, cili padi dan sedikit daun ketumbar.Tumis sekejap hingga bawang agak garing.
  4. Masukkan tomato yang didadu, kacau-kacau sekejap.Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sedikit gula pasir kemudian tumis sebentar.
  5. Masukkan potongan nenas, epal hijau dan sedikit air.Kacau sekejap dan biarkan mendidih seketika dan kuah pekat.Akhir sekali masukkan tomato ceri dan tutup api.Sos masam manis siap.
  6. Untuk menghidang, letak ikan siakap yang sudah digoreng tadi ke dalam pinggan dan hias dengan daun salad (jika ada, kalau tak ada letak jer ikan tergolek gitu aje, tak ada sapa marah pun haha)
  7. Kemudian siram dengan sos yang dibuat tadi.Hias dengan daun ketumbar.Ikan siakap sweet and sour sedia dihidang.Selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments