Resepi Ayam Ros / ayam masak merah utara dan cerita behind the scene
Assalamualaikum...
Hi semua, beginilah bila mula tinggalkan blog jadi lemau untuk update, bila kembali insaf bahawa resepi masih banyak yang tertangguh, cepat-cepat capai laptop untuk menulis.Bukan apa, ramadan bakal tiba tak lama lagi.Resepi yang masih berbaki dalam folder belum sempat update tambah pulak resepi-resepi untuk ramadan yang telah siap videonya.Mesti lagi kelam kabut.
Sebenarnya ayam ros atau ayam masak merah ini saya masak bersama dengan nasi minyak jus oren.Video dibuat serentak dan resepi nasi minyak jus oren dah siap posting dalam blog.Maklumlah resepi yang ada penaja kena buat laju-laju siket haha.Bercerita mengenai ayam masak merah utara ini memang lain siket dari ayam masak merah negeri lain.Kalau kenduri kendura di Penang/utara, ayamnya lembut dan berkuah.Kalau di tempat lain ayam masak merah kuahnya ala-ala sambal gitu jer.Kalau di kebanyakan kenduri, ayam merah tidak digoreng, lebur terus dalam tumisan dan dimasak sekali dengan kuah.Kuahnya pulak sedikit berlemak kerana penggunaan santan atau susu cair.Pendek kata pedas-pedas manja dan creamy gitu rasanya.Memang sesuai untuk semua peringkat termasuk kanak-kanak.Bagi citarasa saya pula, saya lebih suka ayam masak merah atau ayam mask ros ini digoreng sekejap.Goreng 1/2 masak pun ok lah.Kalau lebur terus begitu sahaja, agak kureng pada tekak saya.Sendiri yang masak, bolehlah sesuaikan dengan selera sendiri.Kalau kat tempat kenduri, makan ajerlah apa yang terhidang.Itu rezeki depan mata.
Ada cerita sebenarnya behind the scene ayam masak merah ini.Disebabkan kepenatan rekod 2 video dalam satu masa.Sampaikan saya terlupa nak tekan butang record di satu part.Nasib baik la abes scene tu saya nak 'stop' video baru perasan tadi tak record.Ya Allah nasib baiklah cuma part tuang bahan kisar sahaja yang tertinggal.Itu satu hal, ada lagi kejadian yang tak diingini iaitu kacang peas yang dibeli tak cantik pulak..nampak macam expired walaupun date yang tertera belum expired.Dah la masa rekod tu tengah hujan lebat.Dengan muka sedih tunjuk kacang peas kat husband,dia kata awat 'huduh' sangat.Saya pun cakap, nanti masakan tak menarik dah la buat video.Aduh pasrah jer la beliau redah hujan ke kedai runcit beli kacang peas yang baru.Kali ini beli brand lain pulak..
hurmm...ada siket lagi luahan haha..Apabila ada tagline pada masakan contohnya UTARA, maka adalah yang akan bercanggah pendapat.Sebenarnya memasak ini adalah mengikut kreativiti si tukang masak.Terpulang kepada si tukang masak untuk mencorak ke arah mana, asalkan ianya seimbang rasa pedas, masam manis, maka sedaplah hasil masakan tersebut.Penggunaan sos tiram juga tidak salah,pada saya kalau tidak mahu letak sos tiram, seimbangkan saja rasa ayam masak merah itu dengan garam dan gula.Kalau dah aji pun menjadi kesalahan.Pada saya, saya cuma mahu kongsikan cara mudah untuk memasak.Kerana ada yang kurang arif menggunakan garam, masakan sudah nampak cantik tapi terlebih garam,kan dah jadi masalah untuk mereka 'adjust' atau tune semula masakan tersebut.Apabila saya berkongsi resepi yang menggunakan kiub dan sos tiram, ramai yang berterima kasih kata mereka sangat mudah dan masakan menjadi dengan jayanya.Itu sahaja yang saya mahu.Semua orang boleh memasak.
Panjang lebar karangan hari ni.Ada ke yang membaca seisi luahan rasa ni hehe.Okeylah jom kita terus ke resepi kita iaitu ayam masak merah utara style atau ayam ros
- Perasakan ayam dengan sedikit garam dan kunyit.Goreng hingga setengah masak.
- Keluarkan lebihan minyak, tinggal sekadar untuk menumis sahaja.Tumis serai yang telah diketuk, daun pandan, rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, pelada dan kulit kayu manis).Kemudian masukkan bahan kisar.
- Tumis sekejap hingga terbit bau.Kemudian masukkan cili giling dan gula nisan.Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tomato dan sos tiram.Jika suka boleh juga masukkan sos cili.Kacau sebentar kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
- Gaul rata ayam dengan bahan tumisan.Kemudian masukkan susu cair atau santan dan masukkan air secukupnya untuk kuah.
- Kacau sebentar kemudian tutup periuk dan renehkan hingga ayam betul-betul empuk.Kemudian masukkan kiub ayam.
- Seimbangkan rasa.Tambah sedikit garam (jika perlu)
- Kemudian masukkan hirisan bawang holland, tomato ceri dan kacang peas.Ayam masak ros sedia dinikmati.Selamat mencuba.Untuk video tutorial, tekan butang PLAY paparan di bawah
0 comments