Assalamualaikum...
Selamat menyambut ramadan mubarak buat semua umat Islam.Tercari-cari idea untuk menu berbuka nanti ke?Apa kata buat agar-agar santan je.Kebiasaannya agar-agar santan gula melaka dan agar agar santan pandan je kan, ada jugak la kadang2 yang buat versi sirap rose.Kali ini lina pg buat kelaianan siket, agar-agar santan pandan kaler ala-ala magenta haha..Cantik juga hasilnya.Sebenarnya ini adalah resepi eksperimen, plan lain sebenarnya hahaa.Alhamdulillah jadi juga.Ramai pulak tu yang suka.Kalau agar-agar santan ni memang saya suka yang tidak menggunakan telur.Tapi kalau yang ada telur makan juga.Walaupun tak guna telur, agar-agar santan tetap berlapis tau, asalkan tahu teknik dan tips supaya agar-agar berlapis.Tipsnya ialah kita biarkan adunan mendidih dan membuak-buak (hingga hampir melimpah periuk tu)Guna api besar.Bila nak melimpah kecilkan api dan kacau sekejap.Nampak adunan macam dan ok..besarkan semula api.Ulang selama 1min.InsyaaAllah santan tu akan terasing dan hasilnya agar-agar akan berlapis apabila sejuk.Bahan penting ialah mesti guna SANTAN PEKAT.Kalau guna santan cair/kurang pekat memang tak ada lapisannya tu.
- Satukan air, serbuk agar-agar, gula, sirap ros dan daun pandan.Masak hingga gula larut.
- Dalam bekas berasingan, satukan santan pekat, sedikit pewarna hijau (untuk hasilkan warna magenta) dan garam.Kacau supaya warna sebati.Tuang ke dalam adunan agar-agar.
- Kacau dan biarakn adunan mendidih.
- Setelah mendidih, besarkan api dan biarkan adunan kelihatan membuak-buak.Apabila hampir melimpah dari periuk, kecilkan sedikit api (supaya tidak melimpah) dan kacaukan adunan.Kemudian ulang proses iaitu besarkan api dan biarkan adunan membuak dan hampir melimpah.Ulang langkah ini selama 1 min.Kemudian tutup api.keluarkan daun pandan.
- Tapiskan adunan ke dalam loyang.Lina pg guna 7x7 in dan bilas dengan air supaya agar-agar senang untuk dikeluarkan.
- Biarkan sejuk terlebih dahulu, kemudian hingga dalam peti ais hingga agar-agar membeku/keras.Lebih kurang 4-6 jam.
- Potong mengikut kreativit masing-masing.Selamat mencuba.Untuk video tutorial klik butang PLAY paparan di bawah.
1 comments
Nanti boleh cuba :)
ReplyDelete