resepi kuih akok tanpa oven

By LiNa_Pg - Tuesday, April 26, 2022

 Assalamualaikum...

Dah penghujung ramadan tapi resepi awal ramadan pun belum habis update dalam blog kesayangan ni.Okey la hari ini buat n3 ringkas sahaja janji boleh simpan resepi dalam blog.

resepi kuih akok, kuih akok trio maker, cara buat kuih akok, kuih tradisional kelantan, kuih muih melayu,
secara peribadinya guna trio ni lebih cepat dan menjimatkan masa.Rasa dan tektur sama jer dengan akok menggunakan oven

Resepi Akok Trio Cupcake Maker
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com
Lina pg masih mengekalkan resepi arwah bonda cuma kaedah bakar saja yang diubah
Bahan-Bahan (sukatan cawan biasa)
2 keping gula nisan/gula melaka
1 cawan air (200ml)
daun pandan
sedikit garam
4 biji telur gred b
1 cawan santan (200ml)
1/2 cawan tepung gandum
sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Dalam periuk kecil satukan gula nisan,air,daun pandan dan garam.Masak hingga gula nisan hancur.Tapiskan dan biarkan sejuk.
  2. Sediakan blender/pengisar satukan telur,santan,air gula nisan (yang dimasak tadi) dan tepung gandum, kemudian kisar.
  3. Sapukan minyak pada acuan trio dan panaskan selama 2 min.
  4. Kemudian masukkan adunan akok, bakar selama 8-10min.
  5. Selepas 4 minit trio cupcake maker akan berbunyi (refer video)masa ini kena release hook supaya kuih akok dapat mengembang.Sambung bakar lagi 4 min.
  6. Keluarkan kuih akok dari acuan.Kuih akok sedia dinikmati

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Lina sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete