Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah sekian lama menghilang.Begitulah bila blog yang suam-suam kuku ini dibiarkan terlalu lama tanpa sebarang update, mood menulis terus merudum.Padahal banyak lagi bahan/resepi yang belum diupdate ke sini.
Okeylah hari ini saya kongsikan resepi ikan siakap kukus sos tiram.Resepi yang sangat mudah, sedap dan berkhasiat.Ala-ala menu sihat gitu.Sebenarnya resepi ikan stim saya buat masa bulan puasa lagi hahaaa..Tuuuuu dia punya lama peram.Nasib baik la ada buat video di YouTube sana senang juga nak tulis resepi.Kalau resepi main ingat-ingat dalam kepala nampak gayanya memang wassalam la.
Oh sebelum tu, kalau tengok lay out blog TMK macam huru hara siket, sila abaikanlah ya..Saya tukar templete konon nak buat yang barulah.Tapi ada templete yang tak 'ngam' jadi terpaksalah guna yang mana boleh digunakan.Nak hadap lappy lama-lama boleh pening kepala dibuatnya.Slow-slow saya adjust la yang mana terkeluar frame tu.Templete ni pun saya tukar sebab banyak kali juga google hantar noty blog saya susah nak tembus SEO.Ada error macam-macam.Aduh pening juga dibuatnya.
Jom kita semak resepi siakap kukus sos tiram kita hari ni.
- Bersihkan ikan dan kelar.Perasakan dengan sedikit garam.Perah jus limau kasturi dan ratakan ke keseluruhan ikan.
- Letakkan batang serai (bahagian atas serai) atau letak chopstick untuk alas ikan supaya wap dapat mengalir masuk ke bahagian bawah ikan (rujuk video di YouTube Malina Lina Pg)
- Letak ikan ke atas batang serai tadi.Masukkan halia dan serai (yang diketuk)ke dalam bahagian perut ikan.
- Letakkan hirisan halia (mayang halus) dan hirisan cili merah ke atas ikan.Kukus selama 10min (pastikan air dalam pengukus telah mendidih sebelum mula mengukus)
- Sementara itu, panaskan minyak, tumis bawang putih hingga garing, masukkan sos tiram , kicap cair, sos ikan, tumis sebentar.
- Kemudian masukkan air, biarkan kuah mendidih.Masukkan bancuhan tepung jagung, perah jus limau kasturi dan akhir sekali masukkan serbuk lada sulah.Seimbangkan rasa.Tutup api.
- Tuang sos tadi ke atas ikan yang sedang dikukus.Sambung kukus selama 10min (atau hingga ikan masak) bergantung kepada saiz ikan.
- Setelah ikan masak, bolehlah diangkat dan hias dengan daun ketumbar dan juga hirisan cili merah.Selamat mencuba
- Tonton video tutorial di YouTube Malina Lina Pg
0 comments