resepi puding jagung sukatan cawan sedap lemak berkrim

By LiNa_Pg - Monday, September 12, 2022

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran setelah sekian lama menghilang, lama betul kumpul kekuatan untuk 'renovate' dapur maya nan satu ni.Sebelum ni asyik error je sampai pening kepala, terus hilang mood nak buat posting terbaru.Bila dah nampak okey siket, kita cubalah buat n3.Harap semua semakin ok lepas ni.Buat kawan-kawan blogger, blog list saya belum masukkan lagi.Nanti slow-slow saya masukkan link kawan-kawan ya.

Okeylah berbalik kepada resepi kita hari ini iaitu puding jagung, sebenarnya puding jagung ni saya masa bulan puasa lagi haha.Punya la terperam dalam folder.

puding jagung malina lina pg
resepi puding jagung ni mudah jer, kacau-kacau hingga likat kemudian sejukkan.

Resepi Puding Jagung Mudah Dan Sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com
bahan-bahan 
1 tin jagung manis (krim)
1 cawan tepung kastard
1 cawan santan
3/4 cawan gula 
3 cawan air 
1 helai daun pandan 
sedikit garam 

cara-cara 
  1. satukan semua bahan.kacau hingga sebati.Guna api kecil teruskan kacau hingga likat, keluarkan daun pandan.
  2. Teruskan kacau hingga adunan nampak meletup-letup. 
  3. Tuang ke dalam loyang 8x8in biarkan sejuk.
  4. Potong dan hidangkan.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Hi kawan2 semua, tolong bagi feedback ya....Terima kasih LiNa Pg.Nama sendiri pun dah jadi anonymous haha

    ReplyDelete
  2. dpt komen dah. lama x buat puding2. jd beledo meroh jah klu rasa nk buat.

    ReplyDelete