bercuti ke refarm kampar | refarm kampar retreat | tempat menarik di perak
Assalamualaikum...
Bertemu kembali setelah cuti public holidday sempena hari Malaysia.Sempena 'long week end' yang lepas, kami mengambil kesempatan untuk bercuti sekejap sebab masa cuti sekolah yang lepas memang tak ke mana-mana, tak sempat nak plan apa-apa cuti sekolah dah habis.Alang-alang ada public holiday yang attach dengan week end kami buat la road trip.Anak-anak cadangkan ke Cameron Highland (CH) memandangkan kami baru sahaja ke sana (tahun ini) maka abah reject cadangan tersebut.Lagipun CH akan jemmed teruk tak kira masa.Mama cadang nak ke Perlis sebab rasa lama tak ke sana.Cari hotel (yang ada kolam)semua dah penuh.Downgred hotel biasa pun fully book, homestay pun penuh.Tak apalah memang tak ada rezeki nak ke sana.Saya mula google tempat menarik yang lain, tiba-tiba ReFarm di Kampar, hurmmm nampak menarik ada kolam, mini zoo dan beberapa tarikan yang lain.Cari-cari kontek, jumpa kat facebook, terus wasap stapff.Laju juga dapat balasan.Alhamdulillah masa tu cuma villa dan cave hotel sahaja yang kosong.Memandangkan kami berlima saya booking villa.
Kalau anak-anak yang suka mandi kolam dan ada anak remaja juga, Refarm memang tempat yang paling tepat untuk bercuti.Yang suka mandi manda, boleh mandi puas-puas.Untuk anak remaja boleh buat aktiviti lain.Di Refarm retreat ini ada aktiviti berbasikal, pedal boat, time tunnel dan macam-macam lagi.Penat jugaklah nak menapak dalam ni kerana kawasannya agak luas.Walaupun penat tapi berbaloi.Percutian ke Refarm Kampar ini selama 2Hari1Malam.Jadi untuk lengkapkan storyline, ada setengah gambar, saya snap/capture sebelah petang pada hari check in dan ada sambungannya gambar di tempat yang sama, saya snap keesokan harinya (selepas check out) Walaupun dah check out dari hotel/villa, kita boleh minta pass untuk melawat di kawasan refarm ni, masih boleh mandi manda juga.Macam gambar kolam di bawah ini tak ada pengunjung kerana waktu lawatan telah tamat, yang ada cuma hotel/villa guest dan mereka yang menyewa tapak perkhemahan sahaja.
0 comments