resepi ayam coke / ayam coca cola viral sekejap kat tiktok

By LiNa_Pg - Thursday, September 15, 2022

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, mula-mula semangat nak buat posting setiap hari tapi kelmarin tetap sepi tanpa sebarang update, entah apa yang disibukkan.Begitulah kita cuma merancang Allah jua menentukan.

Okey kita buat n3 ringkas sahaja, kali ini saya nak share resepi ayam coke atau ayam coca cola yang pernah viral sekejap kat tiktok, tapi seingat saya, memang pernah ada resepi ayam coca cola dalam blog TMK ni.Saya search memang pernah buat tapi lama dulu sekitar tahun 2011 lagi.Boleh tengok kat SINI . Resepi ayam coca cola yang terbaru rasanya ala-ala ayam karamel dan sipi-sipi ayam korea. Makan dengan nasi pun boleh, kalau nak ratah sahaja pun boleh.Memang sedap sangat.Jom kita semak resepi.Oh! sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 16hb September dan selamat bercuti buat semua.

resepi ayam coca cola, ayam coke viral, coca cola no sugar,
sedap tau..kena cuba

resepi ayam coke / ayam coca cola padu teruk
by malina lina pg
bahan-bahan
500g ayam (linapg guna kepak ayam)
sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 cm halia (tumbuk)
3 tangkai cili (potong dan rendam sekejap)
3 sb sos tiram
2 sb kicap lemak manis
1 sb sos tomato
sedikit lada hitam (kasar)
1 tin coke (atau 1 cawan)
Daun bawang/cili padi (hiasan)

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk dan cili kering hingga garing.
  2. Masukkan ayam, kacau sebentar untuk kecutkan ayam.
  3. Masukkan sos tiram, sos tomato ,kicap lemak manis dan lada hitam kasar, gaul rata.
  4. Kemudian masukkan coca cola, gaul rata dan tutup kuali/periuk supaya ayam cepat empuk.Sekali sekala balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
  5. Apabila ayam masak (kelihatan berkilat)boleh tutup api.Hias dengan daun bawang.



  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Saya belum cuba lagi masakan ini. Mana tahu suatu hari nanti berminat nak cuba. Terima kasih kongsi resipinya Lina.

    ReplyDelete
  2. Pernah cuba masak ayam guna coca cola ni, Chicken BBQ resepi dari Philippine. Mmg sedap masak guna coca cola atau sebarang jenis soda ni. Nnt nak cuba resepi ni pula.

    ReplyDelete