HOGA Gaharu Tea Valley Gopeng Perak | Tempat Menarik Di Gopeng

By LiNa_Pg - Thursday, September 22, 2022

 Assalamualaikum...

Bertemu kembali, kali ini sambungan short vacay di Perak.Ingatkan nak marathon update blog tapi kekangan waktu yang tidak mengizinkan.Untuk entry yang sebegini kena buat cepat-cepat sebab kalau lama dibiarkan memang mood untuk update percutian akan hilang.Sudahnya memang tak masuk blog la haha...Sama jugak sebelum ini kami ke Ulu Legong dan Kampung Agong, semangat nak masukkan kenagan dalam blog, akhirnya tak jadi dah lama terus malas nak menaip.

Okey selepas kami dah selesai lunch dan bersiar-siar di refarm Kampar, plannya nak terus balik ke Penang.Memandangkan dah pukul 3pm++.Tapi bila cakap kat husband Hoga Tea Valley tak jauh mana pun dari Kampar tu, so kami decide nak singgah sekejap di ladang teh gaharu.Saya memang ada google info sebelum ni, tempat ini memang luas tapi kita tak perlu jalan kaki sebab kami pun dah penat.Kita naik van je cepat siket abes roung-round haha..Buat keje senang la kan?Kaki pun letih berjalan seharian di refarm.

Perjalanan dari kampar ke gopeng (hoga tea valley) ni agak mencabar juga sebab kedudukannya agak tersorok dan jalan sempit.Sampai kami pun confuse betul ke waze bagi panduan ni.Apabila ternampak sign board barulah lega...Walaupun jalan kecil tapi kereta/kenderaan banyak betul lalu lalang.Agaknya semua pun pakat nak berjalan/bersiar-siar.

hoga tea valley gopeng, apa yang menarik di gopeng, must visit place in perak,
Pintu gerbang Gaharu Valley ni mengingatkan saya kepada Great Wall of China.Gambar ni saya snap semasa keluar dari tempat ini.Nampak tak gate pun dah tutup separuh.Cuma kereta boleh keluar sahaja.

hoga tea valley gopeng, apa yang menarik di gopeng, must visit place in perak,
Dari jalan sempit, ternampak selamat datang ni terus rasa happy.Jumpa gerbang ni dulu tau sebelum pintu masuk ke Hoga Valley tadi.Rasanya 3km lagi kot ke depan baru jumpa pintu gerbang ala-ala great wall tu
hoga tea valley gopeng, apa yang menarik di gopeng, must visit place in perak,
Sampai je kat sini, tanpa buang masa terus beli tiket dan naik van yang disediakan untuk sampai ke check point yang ada di hoga tea valley ni.Mak aih laju benor deme bawa van hahaha..Nasib baiklah pemandunya cekap.Agaknya nak ambil speed sebab memandu dalam keadaan 'mendaki'agak sukar kalau bawa perlahan
en.husband tengah beli tiket.Untuk naik van harga tiket hoga tea valley ini ialah RM10 seorang.
Manakala untuk tiket bersiar-siar (dengan berjalan kaki) harga tiket hoga tea valley ialah RM5.
Ini station 1. Kat sini viewnya agak cantik dan ada pelbagai jenis info tentang pokok gaharu.Ia seakan galeri.Rasanya saya ada snap gambar.Kalau rajin, saya akan masukkan sedikit gambar dalam blog.

Cantik view ni mengingatkan saya pada Kundasang. Ada satu check point sebelum tiba di Kundasang

hoga tea valley gopeng, apa yang menarik di gopeng, must visit place in perak, ladang teh gaharu,
Teh gaharu banyak khasiatnya...kat sini juga da dijual aiskrim...aiskrim gaharu kot...Rasanya sangat unik dan sedap jugaklah bagi saya.Disebabkan sibuk snap gambar teh ni..aiskrim saya cair hahaha...Nantilah pinjam gambar anak haha
hoga tea valley gopeng, apa yang menarik di gopeng, must visit place in perak, ladang teh gaharu,
Dari station 1 kami naik van untuk meneruskan perjalanan ke station 2.Kat sini pokok gaharu boleh dilihat dengan jarak dekat.Siap dibuat khas pokok gaharu yang boleh dipeluk-peluk.Kalau tak silap saya nama station 2 ini ialah Hug Station.
yang ini pulak di station terakhir.kat sini kami terpaksa jalan laju-laju sebeba keadaan dah gelap.Tambahan pula pokok-pokok besar sekeliling hehe.Paham-paham ajelah

hoga tea valley gopeng, apa yang menarik di gopeng, must visit place in perak, ladang teh gaharu,
antara pokok yang terdapat di station 3.Ada juga beberapa tempat yang boleh masuk seakan gua (tapi galeri) Kami tak masuk hahaha

Setelah jalan kaki dari station 3 tadi, kami sampai semula ke area tiket...Dalam kalut-kalut sempat juga snap gambar payung
girls generation hahah

  • Share:

You Might Also Like

0 comments