cara masak nasi beriani ayam simple dan sedap sangat (rugi kalau tak cuba)

By LiNa_Pg - Tuesday, September 13, 2022

 Assalamualaikum...

Hi semua, masih bersemangat untuk menulis memandangkan blog kesayangan semakin ok dan view pun ada naik sedikit lepas 'renovate' tapi masih ada beberapa masalah teknikal iaitu butang SHARE tak berfungsi.Tengok kat setting semua ada med sosial sharing tu tapi bila live cuma keluar perkataan SHARE je tak tunjuk pulak FB dan lain-lain tu.Tak apalah slow-slow nanti baru kita godek-godek. Dapur baru ni saya inspirasikan dari dapur kak amie little kitchen haha...

Okey berbalik kepada resepi hari ini iaitu nasi beriani ayam , resepi ni saya buat masa  bulan Syawal aritu, masa ni buat makan-makan jemput adik-adik datang rumah. Lama jugak la tak gader-gader ramai-ramai macam tu. Nasi beriani selalu saya buat tapi lauk asing. Ramai juga yang request nak nasi dan ayam dok sekali dalam satu pot.Kita buatlah video alang-alang memang nak buat makan-makan kan. Untuk kuah pulak saya buat dalca daging.Senang ada lauk dan sayur sekali.Lagipun ayam dah ada dalam nasi dan ayam pun cukup untuk semua. 

resepi nasi beriani ayam, cara masak nasi biryani ayam, nasi briyani mudah dan sedap, nasi beriani gam, nasi beriani ayam malina lina pg,
senang kan ada nasi dan lauk sekali.All in one gitu.Kalau tak cukup masa untuk buat lauk lain, yang ini pun dah memadai.

resepi nasi biryani ayam mudah
by malina lina pg
bahan-bahan (Ayam)
  • 12 ketul ayam
  • 1 sb rempah beriani
  • perahan jus limau nipis
  • serbuk kunyit
  • garam
  • minyak
Cara-Cara
  1. Gaul semua bahan dan perap selama 30min (dalam peti ais)
  2. Panaskan minyak (minyak jangan banyak-goreng secara tohor).Goreng hingga ayam setengah masak sahaja.
  3. Kemudian angkat dan ketepikan.
Bahan B (Nasi Beriani)
  • 4 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendam 30min, kemudian toskan)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1/2 cm halia (kisar)
  • 2 sb rempah beriani
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sb minyak sapi 
  • 1 helai daun pandan
  • 1 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 biji buah pelaga
  • 5-6 biji bunga cengkih
  • 1/2 labu bawang holland (hiris)
  • 2 sb sos tomato (boleh juga kalau nak guna tomato puri)
  • 1 kiub ayam
  • 3+1/2 cawan air (tiga setengah cawan haha)
  • pewarna kuning (optional)
  • daun pudina/ketumbar
  • gajus (lina pg guna gajus siap dipanggang)
  • kismis

Cara-Cara
  1. Keluarkan lebihan minyak goreng ayam tadi, tinggal sedikit untuk menumis.
  2. Masukkan minyak sapi, kalau tak ada boleh guna butter/majerin.Kalau tak ada juga...guna jer la minyak gorengan ayam tadi tu semata.
  3. Masukkan rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bunga cengkih), masukkan juga daun pandan dan hirisan bawang holland, tumis sebentar.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga terbit bau sahaja (tak perlu garing)
  5. Kemudian masukkan rempah beriani (kalau nak bancuh dengan sedikit air pun boleh, lina pg masukkan terus (tanpa bancuh dengan air).Tumis hingga pecah minyak
  6. Masukkan sos tomato, kacau sebentar.Kemudian masukkan ayam (bahan A), gaul sebati dan biarkan rempah mesra dengan ayam.
  7. Kemudian masukkan susu cair dan gaul rata.Kemudian masukkan kiub ayam,gaul sebati dan tutup periuk biarkan ayam 3/4 masak.
  8. Masukkan beras basmati, gaul rata beras dengan bahan tumisan (masa ni kena hati-hati) kacau dengan cermat, takut beras patah.Kemudian masukkan air , gaul rata dan tutup periuk.Biarkan hingga nasi kering.Kacau sekali sekala untuk elakkan nasi berkerak di bahagian bawah periuk.
  9. Apabila nasi dah kering, kecilkan api kemudian titiskan pewarna kuning, daun pudina, gajus dan kismis
  10. Tutup periuk dan biarkan nasi betul-betul masak.
  11. Setelah nasi masak, tutup api dan keluarkan daun pudina.Seterusnya gembur nasi guna garfu.
  12. Nasi beriani ayam sedia dihidang.Untuk menonton video tutorial, sila ke youtube malina lina pg.yang belum subscribe tu bolehlah subscribe ya..Ianya adalah percuma sahaja

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Betullah, macam senang nak cuba ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih syaz... nasib baik komen. Boleh kak lina msukkan link blog syaz... abes hilang dh semua link

      Delete
  2. lama x buat nasi beriani. rempah x ingt nk beli skmo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la dik.. ni lagi mudah ada nasi dan lauk sekali.. nasi ni la hok adik make aritu kat PV😂😂

      Delete