Assalamualaikum...
Bertemu kembali, asyik tenggelam timbul je tuan rumah ni kan?Begitulah kehidupan kita seharian memang sentiasa sibuk sedar tak sedar hari berlalu begitu sahaja.
Okey, kita buat n3 ringkas sahaja, saya nak share resepi popia nestum horlicks hurmmm macam pelik pulak kan tiba-tiba resepi macam ni keluar kat blog.Luar musim betul haha.Sebenarnya resepi popia nestum ni saya buat video di youtube masa raya haji.Macam biasalah lambat tunggu giliran untuk masuk dalam dapur yang satu ini.Popia nestum ni saya buat versi malas.Saya tak payah gulung-gulung pun kulit popia tu dan tak perlu letak gam pun.Saya cuma gunting dan siat-siat macam nak buat popia cheese.Hasilnya popia nestum nampak lebih banyak (dapat banyak bekas jugak lah) ye la kita siat dan setiap helaian tu jadi banyaklah kan?
- Potong kulit popia kepada bentuk 4 segi anggaran 2cmx2cm (mengikut kreativiti masing-masing)
- Kemudian lerai/asingkan setiap helaian.
- Panaskan minyak, goreng kulit popia guna api sederhana hingga garing.Proses goreng ni tak lama.
- Kemudian angkat dan toskan.Biarkan kulit popia sejuk terlebih dahulu.
- Satukan nestum, gula kastor, horlicks dalam blender kering (lina pg guna mini chopper)Kisar hingga halus.Tuang ke dalam mangkuk.
- Salut popia dengan campuran nestum tadi.Kemudian masukkan ke dalam bekas udara.Popia nestum horlicks sedia dinikmati.
- Video tutorial sila tonton di youtube malina lina pg.
0 comments