cornflakes sira pedas rangup dan tahan lama

By LiNa_Pg - Tuesday, October 04, 2022

 Assalamualaikum....

Masih lagi dengan resepi-resepi yang tertangguh sekian lama bertapa dalam folder.Hari ini saya nak share resepi cornflakes sira pedas (buat masa nak sambut raya haji 😂 😂 )Dah nak melangkah ke tahun hijrah baru, barulah sempatlah nak masukkan ke dalam blog TMK ni.Rasa macam tepu siket nak mengarang pepagi ni.

Sedikit tips supaya cornflakes rangup dan tahan lama (tidak cepat lemau)ialah selepas siap disira, kita bakar sekejap dalam oven dan satu tips tambahan, semasa menyira boleh masukkan sedikit cuka makan ini tips supaya sira lambat berkulat.Part cuka ni semasa shoot video youtube saya terlupa nak masukkan..almaklumlah masa shooy video banyak benda kena fokus nak pastikan semua okey kadang-kadang shoot bolehlah pulak tekan remote untuk rekod.Okey jom kita semak resepi.

resepi cornflakes sira pedas, tips sira tahan lama, rahsia sira popia lambat berkulat,
Popia sira memang sedap, rasa pedas-pedas manis krup krap..ada pulak kacang tu lagilah sedap.Makan sambil layan tv dengan family kejap je licin sebalang

resepi popia sira pedas ranguo dan sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
1 paket cornflakes (300g)
150g kacang masin (salted nut) lina pg beli je
5 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
3 sb cili kisar
5 sb gula (terpulang selera)
sedikit minyak masak
50g butter


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak bersama butter, kemudian masukkan bawang.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.Kemudian masukkan gula.Kacau hingga gula larut dan tumisan kelihatan sedikit gelap.Jika suka boleh masukkan sedikit cuka.Dan kacau sebentar.
  3. Kemudian masukkan cornflakes dan kacang masin (salted nut) yang ni buat keje senang beli je kat kedai runcit 😜 .Kalau nak guna kacang tanah pun boleh tapi kena goreng terlebih dahulu.
  4. Gaul rata cornflakes, kacang bersama tumisan.Tips supaya sambal bersalut dengan cornflakes pastikan sambal masih panas semasa masukkan cornflakes.Kalau sambal dah sejuk, memang susah nak lekat/bersalut dengan cornflakes sebab sambal ini agak kental.Jangan risau insyaaAllah cornflakes tak lemau pun.Dah siap cornflakes sira pedas masih rangup.
  5. Tips tambahan untuk kekalkan kerangupan cornflakes sira pedas ni, lepas siap disira, susun dalam tray pembakar/loyang dan bakar sekejap dalam oven.Lina Pg guna suhu 150'c bakar selama 10-12 min.
  6. Biarkan cornflakes sejuk sepenuhnya.Kemudian simpan dalam balang kedap udara.Untuk menonton video tutorial klik butang PLAY paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. tenkiu bagi resepi..ada sekotak cornflakes dah berkurun tak buka. anak-anak taknak pulak makan cornflakes...lembik nyek2 katanya lepas letak susu

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome AMMI..nasib baik mai komen kat sini...blog list kak lina semua hilang..nak letak link pun tak ingat dah

      Delete