kuih lapis yang sedap bila makan selapis-selapis

By LiNa_Pg - Friday, October 21, 2022

 Assalamualaikum...

Hai kembali bersiaran, kalau tengok gambar kuih lapis ni mesti ramai yang boleh agak resepi yang dah basi haha.Gambar kat banner blog TMK pun dah agak lama jugak kan tapi resepinya belum muncul (lama betul tunggu giliran hehe) Kuih lapis ni saya buat sempena bulan kemerdekaan lagi punyalah semangat patriotik ala-ala jalur gemilang gitu.Sebenarnya kuih lapis ni antara kuih yang paling lama saya tak buat.Teringat dulu kali terakhir saya buat lapis, masa tu guna pengukus kecil je (baru-baru belajar buat kuih) masa tu blog pun belum ada lagi...bukan main seronok melapis, bila lapisan terakhir kena kukus lama siket.Kita pun dah penat berdiri, keluarlah rest kat ruang tamu sekejap (tak tido pun).Lepas tu rasa macam nak check kuih dah masak ke belum walaupun timing masih berbaki 8min macam tu, lebih baik kita check kan?Ya Allah, nasib baik Allah gerakkan hati untuk masuk ke dapur, rupanya air dalam pengukus dh kering.Mujur tak hangus.Cepat-cepat tutup api.Bila check kuih pun Alhamdulillah dah masak elok.Sejak tu makan kuih lapis kedai je la haha.

Tahun 2022 ni semangat nak melapis tu membara, teruskan buat video walaupun view nya menten krik...krik saja di YouTube sana 😂 

Saya suka kuih lapis klasik yang warna merah putih berbanding dengan yang warna warni tu.Dan tektur jenis lembut-lembut siket.Ada setengah resepi guna tepung gandum semata tapi tekturnya akan keras siket la.Untuk lembutkan sedikit tektur kuih lapis dan dapat melentur-lentur/meliut gitu saya masukkan sedikit tepung ubi.Okey jom kita semak resepi kuih lapis tradisional

resepi kuih lapis, cara buat kuih lapisa, kuih muih tradisional, kuih melayu, kuih lapis malina lina pg,


resepi kuih lapis sukatan cawan (cawan metrik)
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu
  • 1 cawan gula pasir
  • sedikit garam
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 sb minyak masak
Cara-Cara
  1. Sediakan mangkuk besar, masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung ubi, gula pasir, dan sedikit garam.
  2. Seterusnya masukkan bahan basah iaitu santan, sambil kacau adunan tadi.Kemudian masukkan air dan sedikit minyak.Terus kacau hingga adunan sebati.
  3. Tapiskan dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu bahagian warnakan dengan merah/sirap dan satu lagi warna asal.
  4. Sediakan loyang 8x8in alas dengan plastik dan sapu sedikit minyak.
  5. Boleh mula melapis.Pastikan adir pengukus mendidih terlebih dahulu.Tuangkan kan adunan putih ke dalam loyang (linapag guna anggaran 3/4 cawan untuk setiap lapisan).Kukus selama 8min (atau hingga masak).
  6. Tuang lapisan kedua iaitu warna merah dan kukus selama 8min.Ulang proses hingga adunan habis.
  7. Untuk lapisan terakhir kukus selama 25min.Setelah kuih masak, buka penutup pengukus dan teruskan mengukus selama 5min lagi (kukus tanpa penutup) tips supaya permukaan kuih lapis menjadi kering dan licin.
  8. Kemudian tutup api, keluarkan kuih lapis dari pengukus dan biarkan kuih sejuk sebelum dipotong.
  9. Setelah kuih sejuk (anggaran 4jam)bolehlah potong mengikut kreativiti masing-masing
Note:
untuk dapatkan lapisan kuih yang cantik dan elakkan air dari penutup pengukus terjatuh ke atas kuih, lina pg lap penutup pengukus selang 5-8min atau setiap kali melapis, lap penutup terlebih dahulu.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments