resepi ayam goreng berempah

By LiNa_Pg - Tuesday, November 08, 2022

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, sedar tak sedar dah masuk bulan November, nampak sangat performance tak berapa bagus ni.Sepanjang bulan Oktober cuma ada 3 posting sahaja.Masih terlalu banyak resepi yang tak sempat nak update dalam blog Teratak Mutiara Kasih ni.Okey bagi mak-mak yang tercari-cari resepi untuk masak tengahari nanti, apa kata buat ayam goreng berempah je.Resepi pun simple je, kalau kat rumah ni menu ayam dimasak apa sekali pun tetap laku keras.Hatta digoreng bodow-bodow saja haha...

ayam goreng berempah simpel dan sedap, cara buat ayam berempah mudah, ayam berempah malina lina pg,idea resepi ayam, ayam nak masak apa,
lucu pulak bila saya cari gambar ni dalam folder...Ya Allah ruapnya resepi ni saya buat pada bulan Ogos lagi rupanya

Resepi Ayam Goreng Berempah Ringkas Dan Sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 10 ketul ayam
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup (kalau tak ada guna serbuk kunyit)
  • 1 batang serai (lina pg tak ada stok, kalau banyak lagi sedap)
  • 1 sb serbuk kari
  • 1/2 sb serbuk cili
  • 1 sb tepung jagung (boleh guna tepung beras juga)
  • 2-3 tangkai daun kari
  • Garam dan perasa
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara
  1. Bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan halia dikisar bersama sedikit air.
  2. Perasakan ayam dengan sedikit garam dan serbuk perasa.
  3. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, bahan kisar, sedikit daun kari dan tepung jagung.Gaul rata dan perap selama 30min (lagi lama lagi sedap).
  4. Panaskan minyak, goreng ayam secara terendam (deep fry) semasa proses menggoreng masukkan beberapa tangkai daun kari.
  5. Terbalikkan ayam dan goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.Ayam goreng berempah simpel dan sedap sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  6. Untuk video tutorial sila klik pautan di bawah dan tonton di YouTube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. tqq for resepi
    harus cuba ni sbnya menu ayam.wajib. hari2 gorwng ayam kat rumah ni

    ReplyDelete