Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Rabu, hurmm minggu ni terlebih rajin update blog dah tak tahu nak menulis apa ni.Resepi kita hari ini ialah singgang bangkok rasanya hampir sama dengan asam pedas kelantan.Cuma bahan kisar ditumis sekejap sebelum masukkan bahan lain.Kalau asam pedas kelantan semuanya lebur sahaja.Rasanya hampir sama.Kalau dengan kengsom tu lain siket rasanya.Bagi saya kalau kuah jenis lite-lite gini memang kena dengan tekak saya tambahan cuaca sejuk sekarang ni sedap hirup kuah.Resepi singgang bangkok ikan merah ni saya inspirasikan daripada youtube mona allen dan pekin.Terima kasih
resepi simple jer tapi rasanya memang padu.
resepi ikan merah singgang bangkok
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
ikan merah (lina pg guna 4 keping)
5 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 inci kunyit (kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
1 batang serai (kisar)
1 cm belacan (kisar)
1 kiub ikan bilis
1 sb sos ikan
2 asam keping
garam
daun kesum
bunga kantan
cili merah dan cili padi
air secukupnya
sedikit minyak
cara-cara
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga terbit bau sahaja (tak perli garing).Masukkan air (untuk kuah).
- Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum (masuk separuh sahaja), sos ikan,garam dan kiub ikan bilis.Kacau sebentar dan biarkan kuah mendidih.
- Masukkan ikan, tutup periuk dan biarkan ikan masak.
- Kemudian masukkan baki daun kesum (untuk hiasan), cili merah dan cili hijau.Singgang bangkok siap!
1 comments
Terima kasih atas perkongsian resepi!
ReplyDelete