Assalamualaikum...
Salam Jumaat semua, kembali bersiaran, nampak tak masih bersemangat update blog semoga terus istiqamah haha.Okey hari ni masih lagi n3 basi, kuih apam pisang ni saya buat masa bulan Ogos lagi.Ini resepi last, selepas ni baru masuk resepi bulan September pulak.Mak aih nak sampai bulan Nov jenuh la mak nakkkkk.Itulah siapa suruh malas-malas menulis dalam blog.Harapnya sempat la habis semua resepi dalam tahun ni juga.Tapi tu la mengikut rekod tahun lepas, resepi 2021 pun dia bawa mai lajak ke 2022.
Okeylah bagi sesiapa yang ada pisang kat rumah tu, kalau rasa dah boring buat cekodok pisang apa kata try buat apam pisang pulak.Sedap tau lembut dan gebu je.Nak buat apam pisang ni senang sangat sebenarnya cuma ambil masa siket bahagian mengukus tu je.Itupun kalau kukus guna acuan lompang, kalau guna loyang lagi cepat siap.
- Sediakan mangkuk/bekas lecek pisang hingga halus (lina pg guna garfu sahaja).Ketepikan sebentar.
- Dalam mangkuk yang berasingan, satukan telur, gula perang dan esen vanilla, pukul/kacau semua bahan ini hingga gula larut.
- Masukkan pisang (yang telah dilecek tadi) Gaul rata.
- Ayakkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam ke dalam adunan tadi.Gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan santan dan 1 sudu besar minyak masak gaul hingga sebati.
- Sediakan acuan lompang, sapu dengan sedikit minyak.Tuang adunan ke dalam acuan lompang (lina pg tuang 3/4 penuh).
- Letakkan hirisan pisang ke atas kuih (untuk hiasan)
- Panaskan pengukus dan kukus kuih hingga masak (12-15min)
- Apam pisang sedia dinikmati.Selamat mencuba.
2 comments
memang gebus dan sedappp ni
ReplyDeletekecik2 comel senang nk ngap
Nampak lembut dan gebu betul!
ReplyDelete