Assalamualaikum...
Sementara semangat masih membara untuk menulis, kita update blog lah kang semangat entah ke mana pulak hihi.Hari ini saya nak kongsikan satu resepi nostalgia semasa saya kecil dulu.Mungkin ramai yang tak pernah tahu kewujudan resepi ni, semasa saya kecil, saya sejenis yang suka lepak kat rumah atuk dan nenek (kedua-duanya saya panggil chek dan mak/mok) bukan apa sebab rumah keluarga saya cuma bersebelahan saja (tempat lahir dan hingga saya darjah 3)selepas itu kami sekeluarga berpindah.Mok (nenek) selalu masakkan telur singgang ni, kuahnya ceroi-ceroi (cair sahaja) cuma nampak macam telur dan air je warna kelabu/merah-merah (mengikut jenis budu) tapi bila makan memang sedap sangat.Selepas nenek dah tak ada, keenakan masakan ini pun terus dilupakan hingga suatu hari saya cuba-cuba untuk reka atau recall semula apa yang saya ingat.Alhamdulillah menjadi walaupun saya modenkan sedikit haha.
- 4 biji telur
- 4 cawan air
- 2 ulas bawang merah (hiris)
- 1 ulas bawang putih (hiris)
- 1 batang serai (ketuk)
- 2 tangkai cili kering (potong dan rendam dalam air panas supaya lembut)
- 2 asam keping
- 2 sudu besar budu
- garam dan perasa
- cili padi (optional)
- minyak untuk menumis
- Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang merah, bawang putih,serai dan cili kering.Tumis hingga garing.
- Masukkan air (jumlah air bergantung kepada kuah atau kuantiti telur).
- Masukkan asam keping, budu, garam dan serbuk perasa.Biarkan kuah mendidih.
- Masukkan telur satu persatu dan jarakkan sedikit, supaya telur tidak bercantum antara satu sama lain.Biarkan telur set/masak (jangan kacau nanti telur hancur).
- Setelah telur masak, masukkan cili padi (untuk hiasan) kemudian tutup api.Telur tumis budu sedia dihidang.Simple tapi sedap sangat.Selamat Mencuba
1 comments
Sedapnya kalau ada budu ni... menambah nasinya.
ReplyDelete