Assalamualaikum...
Hai semua kembali bersiaran, 2-3 hari menyepikan diri kerana kepenatan.Nak bercerita siket kejadian hari Sabtu lepas (hari mengundi) dengan penuh semangat seawal 7.50am dah sampai ke tempat mengundi.Tengok tak ramai sangat adalah lebih kurang 10 orang macam tu dan kaunter pendaftaran ada 4 memang laju.Tunggu 1-2 min dah dapat slip (saluran) terus naik ke saluran yang ditetapkan.Dari gate luar ke kelas tu macam 'clear' tak ada orang pun...kat depan saya cuma ada seorang je tu jarak yang agak jauh.Dalam hati 8.05am mesti dah siap undi ni.Bolehlah balik kampung cepat siket.Sangkaan saya meleset sama sekali, bila masuk ke kelas (saluran saya) mak aih rupanya dah penuh kat dalam tu adalah lebih kurang 35 orang.Nasib baik disedikan kerusi.Memang dah full cuma saya awal memang ada tempat duduk .Itupun last row.Tunggu punya tunggu 9.30am jugaklan baru siap.Balik rumah sarapan dulu.Lebih kurang pukul 10am++ terus pecut balik kampung (en.suami mengundi di kampung).
Sepanjang perjalanan rasa macam agak stress jugak la.Dari Penang macam masih okey.Tapi dan masuk Kelantan jalan agak jem.Bila kita kejar masa memang rasa agak stress tambahan pulak perut dah lapar.Nak singgah makan takut terlambat pulak.Makan sekadar alas perut sahaja.Beli pisang goreng dan keropok sahaja.Alhamdulillah sempat jugaklah sampai ke pusat mengundi en.suami sebelum ditutup.Lega sangat.Lepas tu terus cari makan.Jadinya lunch+dinner la kami 3 beranak.Pukul 5pm baru makan.
Okey itu sahaja coretan kisah kenangan hari sabtu lepas.Tapi itulah kan kita masih belum dapat bentuk kerajaan.Siapa pun yang jadi parti pemerintah biarlah adil/telus, menjaga kepentingan rakyat dan dapat majukan Malaysia.Jangan pentingkan kuasa dan kayakan tembolok sendiri sahaja.
Berbalik kepada resepi hari ini, resepi kari ayam Bangladesh yang viral sedikit masa dahulu.Sebenarnya resepi viral di TikTok sebelum merebak ke YouTube dan FB.Sekarang ni paling trending ialah TikTok hehehe.Bagi mereka yang nak mencuba kelainan masakan kari ayam,bolehlah sekali sekala tukar selera.Secara jujurnya citarasa saya masih memilih kari/gulai versi kita sendiri.Kalau tak cuba kita tak tahu.Sekadar pelbagaikan resepi dan mencuba.Resepi agak mudah sebab tak payah tumis, lebur je semua dan tunggu ayam masak.Kalau ikutkan resepi asal tidak menggunakan santan atau sebarang lemak (contoh yogurt) tapi kalau nak rasa lemak-lemak bolehlah durhakakan siket letak santan/yogurt.
Kari Ayam Bangladesh
Asal :TikTok
- Masukkan ayam ke dalam periuk, bahan kisar/tumbuk, hirisan bawang besar, serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, garam, kulit kayu manis, bunga lawang,buah pelaga,asam keping, kentang, karot dan minyak masak.Gaul semua bahan hingga sebati.
- Tutup periuk dan buka api kecil sahaja.Biarkan sekejap hingga ayam kecut (kacau sekali sekala supaya tak hangus di bahagian bawah).
- Apabila ayam dah kecut, masukkan air.Biarkan ayam empuk.
- Setelah ayam empuk, masukkan bendi, kiub ayam (seimbangkan rasa).Tutup periuk sekejap biarkan bendi lembut sedikit.
- Akhir sekali masukkan cili merah untuk hiasan.Tutup api.
1 comments
Kena cuba ni, terliur pulak tengok :D
ReplyDelete