cara buat kuih kaswi jagung lembut gedik dan sedap (guna kordial dalam botol je)

By LiNa_Pg - Wednesday, November 30, 2022

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran di hari Rabu.Hurmmm cuba kawan-kawan check dalam peti ais tu ada tak kordial jagung yang dalam botol tu dok bertapa dari bulan puasa lagi?Kalau ada, memang kita geng la 😆 .Kat rumah saya ni kalau makan tengahari atau makan malam, kami memang cuma minum air kosong sahaja.Memang tak buat air manis, sirap ke oren.Memang tak buat.Bukan malas nak buat tapi dah terbiasa cuma minum air kosong sahaja.Air manis atau ais cuma bila ada tetamu yang datang untuk makan tengahari atau dinner je.Tapi kalau untuk minum petang memang adalah teh O untuk hidangan kami sekeluarga.Tapi sepanjang bulan puasa memang untuk berbuka adalah air manis disediakan.Maka dengan itu segala sirap, air jagung memang tak habislah.Fikir punya fikir, nak buat apalah dengan kordial jagung ni.Lepas tu tingggg...dapat idea buat kuih kaswi jagung ni.Sedap juga dan yang penting kordial yang dok betapa tu pun selamat digunakan tanpa pembaziran..Jimat ruang peti ais rumah cheq 😜 

Tektur kuih kaswi jagung ni memang lembut dan boleh meliut-liut, sedap sangat (mengikut citarasa saya la) citarasa orang lain saya tak tahu.Okey jom kita semak resepi kuih kasui jagung saya guna sukatan cawan je supaya lebih mudah.

kuih kaswi, kuih kaswi jagung,resepi kuih kaswi, kuih kaswi jagung guna kordial dalam botol, kuih muih tradisional, resepi kuih kaswi sukatan cawan, kuih kasui, kuih kosui, kuih melayu, kuih tradisional melayu, kuih warisan,
Bila snap gambar kuih muih yang ada kelapa parut ni memanh susah betul nak dapat gambar yang sharp.Kenalah snap yang togel kita baru nampak okey
kuih kaswi, kuih kaswi jagung,resepi kuih kaswi, kuih kaswi jagung guna kordial dalam botol, kuih muih tradisional, resepi kuih kaswi sukatan cawan, kuih kasui, kuih kosui, kuih melayu, kuih tradisional melayu, kuih warisan,
Part melentur gini memang suka sangat.Feel sukses buat kuih kaswi hehe.
kuih kaswi, kuih kaswi jagung,resepi kuih kaswi, kuih kaswi jagung guna kordial dalam botol, kuih muih tradisional, resepi kuih kaswi sukatan cawan, kuih kasui, kuih kosui, kuih melayu, kuih tradisional melayu, kuih warisan,
kuih kasui yang simple dan sangat mudah.Nak buat pun cepat..potong saiz kecil siket senang nak makan 1-2 bite dah habis

resepi kuih kaswi jagung sukatan cawan
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan A (mengikut turutan video)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
2 sb tepung jagung
3/4 cawan gula (kalau suka manis letak 1 cawan)
sedikit garam
1 cawan santan
2 cawan air
sedikit kapur makan
2 sb kordial jagung
sedikit pewarna kuning (optional)

bahan B 
sedikit minyak 
aluminium foil
plastik
kelapa parut
sedikit garam
daun pandan


Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk besar, kacau hingga gula larut dan adunan sebati.
  2. Sediakan loyang (lina pg guna saiz 8x8in)alas dengan plastik (optional) dan sapu sedikit minyak.
  3. Tapiskan adunan tadi supaya tektur kuih akan lebih halus.Jika ada baki yang masih berketul kita hancurkan supaya semua tepung larut.
  4. Jika ada buih/gelembung di atas permukaan adunan, pecahkan buih tersebut supaya hasilnya nanti kuih akan licin.Kalau tak nak buat pun tak apa sebab kuih nanti kita salut dengan kelapa parut.
  5. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih.
  6. Kukus kuih selama 25min (hingga masak)pastikan air dalam pengukus mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  7. Biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum potong.
  8. Sementara itu kita satukan kelapa parut, garam dan daun pandan.Kemudian kukus selama 5 minit.Tips supaya kelapa parut lambat masam/lambat basi.Kalau nak guna cara short cut boleh masukkan ke dalam microwave selama 15 saat.
  9. Setelah kuih sejuk, keluarkan dari loyang dan potong menggunakan pisau plastik (tips supaya potongan kemas dan cantik).
  10. Gaul dengan kelapa parut dan kuih kaswi jagung sedia dihidang.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments