ayam stim sos tiram chineese style

By LiNa_Pg - Thursday, December 01, 2022

 Assalamualaikum...

Hai semua hari ini saya nak kongsikan satu resepi simple sedap dan kira sihat jugaklah.Saya guna pengukus comel jer untuk masak ayam stim ni.Memang serba guna betul si comel ni.Hari ni rasa macam tak ada idea nak menulis, kita terus semak resepi je lah 😉 

ayam ni saya guna potongan kecil je sebab nak bagi cepat masak.Almaklumlah guna pengukus kecil kenalah sesuaikan dengan kapasiti

ayam kukus chinese style
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan 
5 ketul ayam
5 ulas bawang putih (cincang/chopp)
1 cm halia (cincang/chopp)
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
1 sb kicap pekat
1 sk tepung gandum
sedikit serbuk lada sulah
sedikit goji berry
garam
jus limau nipis
air
minyak



cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
  2. Masukkan sos tira, kicap manis dan sedikit air.Kacau sebentar hingga sos nampak pekat.Tutup api.Tuang sos ke dalam bekas yang sesuai.Ketepikan sebentar.
  3. Sementara itu lap ayam dengan kitchen towel supaya ayam kering dan sos mudah meresap.
  4. Perasakan dengan sedikit garam dan perahan jus limau nipis (lina pg guna sebelah sahaja limau nipis) Tips supaya ayam lebih juicy.
  5. Masukkan 1 sb sos (yang dibuat tadi), taburkan tepung gandum, serbuk lada sulah dan lumur/gaulkan dengan ayam dan perap selama 10min (lagi lama lagi sedap)
  6. Susun ayam ke dalam loyang/bekas yang sesuai untuk mengukus.Tuang baki sos ke atas ayam.Letak goji berry (kalau tak ada skip saja)
  7. Kukus selama 25min (hingga ayam masak).Setelah ayam masak, tabur hirisan daun bawang untuk hiasan.
  8. Jika berminat untuk membeli pengukus comel dan chopper comel boleh beli di TikTok Shop saya (malina lina pg)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments