ayam masak lemak cili padi

By LiNa_Pg - Friday, December 16, 2022

 Assalamualaikum...

Hai semua kembali bersiaran di hari Jumaat, cuti sekolah ni macam tak berapa sempat nak hadap lappy untuk update blog.Macam mana mak-mak kat luar sana?are you okey 😂 ke ada yang dah menjelma menjadi tarzan haha bertabah lah yea untuk 2 minggu lagi.Biasanya kalau awal pagi masih aman damai tunggulah kejap lagi semua dah bangun memang 'meriah'lah rumah 😂 

Okeylah bagi mak-mak yang tercari idea nak masak ayam apa hari ni?Bolehlah cuba ayam masak lemak cili padi.Kepedasan tu bergantung kepada berapa kecil anak-anak yang ada kat rumah tu.Bolehlah adjust dan sesuaikan mengikut selera mereka.Sedikit tips kalau tak nak asam masak lemak cili api tak berapa pedas ialah selain kurangkan kuantiti cili padi, santan pekat juga memainkan peranan.Untuk ayam masak lemak santan kena pekat rasa lemak-lemak tu akan potong rasa pedas, insyaaAllah anak-anak boleh makan.Kepekatan santan tak boleh sama macam kita masak gulai/kari.Kalau kari/gulai kepekatan sederhana sahaja.Kalau masak lemak kena kaw-kaw gitu.Tips ni untuk mereka yang belum tahu.Bagi yang pakar silalah abaikan.Sekadar berkongsi sahaja sebab anak saya dak Maisarah tu memang agak cerewet siket bab makan.

ayam masak lemak cili api, resepi ayam masak lemak cili padi nismilan, cara masak ayam masak lemak sedap dan mudah, ayam masak lemak cili padi tanpa bawang,
sekarang rasanya snap/photoshoot gambar masakan memang tak ada props bagai dah.Seketul hasil masakan dalam pinggan ajer.Agaknya trend props sudah berakhir atau memang 'selera' shoot saya yang makin cincai 😆 

resepi ayam masak lemak cili api
by malina lina pg  https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
6-7 ketul ayam
3 inci kunyit hidup 
2 biji cili hijau (buang biji)
10 biji cili padi hijau (terpulang selera/kepedasan)
1 cawan santan pekat (lina pg guna santan kotak)
2 batang serai (titik)
2 asam keping
garam dan perasa
air secukupnya
daun kunyit/daun limau purut



cara-cara
  1. Kisar kunyit hidup, cili hijau dan cili padi bersama sedikit air.Kemudian tuan ke dalam periuk dan masukkan 1 cawan air tunggu hingga mendidih supaya cili masak dan hilangkan bau maung/elakkan sakit perut.
  2. Setelah mendidih, masukkan serai, renehkan sebentar.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan tutup periuk sebentar untuk kecutkan ayam.
  4. Setelah ayam kecut, masukkan 1 cawan air (kalau ada kentang, boleh masukkan kentang ketika ini) tutup periuk dan biarkan ayam 3/4 masak.
  5. Masukkan garam, perasa ,asam keping dan santan pekat.Gaul rata dan biarkan ayam empuk/masak sepenuhnya.Kacau-kacau kuah supaya santan tidak bergentel/berketul-ketul.
  6. Setelah ayam masak, taburkan hirisan daun limau purut atau boleh juga guna daun kunyit.Tutup api.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments