sardin tumis simple (seisi testing periuk comel)

By LiNa_Pg - Wednesday, December 07, 2022

 Assalamualaikum...

Beberapa hari tak bersiaran, tak tahulah apa yang disibukkan oleh puan blog TMK ni, rasa macam tak sempat nak habiskan resepi yang masih tertangguh (masih banyak dalam folder).Okey untuk resepi hari ini resepi cliche sahaja tak de apa yang special atau lain dari yang lain pun.Resepi sardin tumis lebur je ni saya buat semata untuk test periuk comel je sebab ramai yang guna sekadar masak megi.Kita buat style tumis-tumis pulak sekadar bagi idea kalau ada yang beli dan bawa untuk travel bolehlah masak-masak dalam kuantiti yang sedikit sebab periuk ni kira function elok je untuk menumis.Alhamdulillah tak hangus.Saya ada buat video juga tau cara tanak pulut guna periuk comel, nantilah sampai turn dia saya post dalam blog TMK (bila dia punya turn tak tahulah tu 😂 😂 )

sardin tumis simple, resepi sardin, multi cooker, cooker student
pic ni pun saya snap guna hp je.

Sardin Tumis Simple
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
1 tin kecil
2 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 sb cili kisar
3 sb sos tiram
1 sb sos tomato
air
minyak
jus limau nipis
cili merah dan cili hijau

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan cili kisar.Tumis hingga pecah minyak
  2. Masukkan sos tiram,sos tomato, air (untuk kuah) biarkan mendidih sekejap.Masukkan sardin.Perah jus limau nipis.Siap!
  3. Yang bestnya periuk comel ni boleh lap-lap saja lepas siap masak tu..lepas tu boleh guna untuk goreng telur dadar pulak hehe...Dah setel masak semua kenalah basuh betul-betul haha

Boleh beli melalui TikTok Shop Malina Lina Pg 

  • Share:

You Might Also Like

1 comments