ayam masak bawang macam kedai mamak

By LiNa_Pg - Wednesday, January 18, 2023

Assalamualaikum...

hi semua, selamat tahun baru 2023.Sudah lebih pertengahan bulan Januari 2023 baru berkesempatan untuk update blog.Walaupun posting di tahun baru tapi resepi sebenarnya dari tahun 2022.Ayam masak bawang ni saya buat video special untuk follower berbangsa India sempena Deepavali tahun lepas.Tu dia dari Deepavali tahun lepas, resepinya baru masuk blog TMK dekat dekatttt nak CNY 😆.Teruk betul puan blog sorang ni kan?

Tak lama lagi kita akan bercuti panjang sempena sambutan CNY, bagi kawan-kawan/pembaca blog TMK yang tak ke mana-mana cuma santai di rumah sahaja bersama keluarga tersayang, elok jugaklah kan kalau nak masak sesuatu yang istimewa.Ayam masak bawang ni sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato dan lain-lain nasi berperisa.Kami sekeluarga makan dengan nasi putih je.

ayam masak bawang, resepi ayam masak bawang, ayam bawang ala mamak,

ayam masak bawang, resepi ayam masak bawang, ayam bawang ala mamak,

resepi ayam masak bawang
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
850g ayam (potong kecil)
2 labu bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 sb cili giling
1 sb serbuk kari ayam
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1 sk serbuk cili
1 sk gula merah
4 sb sos tiram
1 sb sos tomato
1 sk kicap manis (untuk cantikkan warna kuah)
1 batang serai
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 buah pelaga
2-3 biji bunga cengkih
1 helai daun pandan
sedikit daun kari
garam, kunyit
sedikit serbuk pati (jika perlu)
minyak
air
daun ketumbar (utk hiasan)

bahan b
2 labu bawang besar (untuk bawang goreng)

Cara-Cara
  1. Perasakan ayam dengan sedikit garam dan kunyit.Ketepikan sebentar.
  2. Kita sediakan bahan b.Hiris/mayang bawang besar.Hiris nipis-nipis barulah bawang senang untuk garing.Optional boleh juga kalau nak guna bawang merah untuk membuat bawang goreng.
  3. Panaskan minyak (agak banyak) goreng bawang (bahan b) hingga garing.Angkat dan toskan.Ketepikan bawang goreng terlebih dahulu.
  4. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ayam yang telah diperap tadi.Goreng ayam hingga masak.Angkat dan ketepikan sebentar.
  5. Keluarkan lebihan minyak goreng ayam tadi.Masukkan serai, dau kari, daun pandan, rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kulit kayu manis), tumis sekejap sahaja hingga terbit bau.
  6. Masukkan bahan kisar, dan cili kisar, kemudian tumis sekejap.
  7. Kemudian masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, dan garam masala (lina pg tak masukkan garam masala sebab tak ada stok) dan sedikit gula merah. Tumis hingga pecah minyak.
  8. Masukkan sos tiram, sos tomato, sedikit kicap manis (untuk cantikkan warna kuah).Kacau sekejap.Kemudian masukkan air (untuk kuah) dan biarkan kuah mendidih.
  9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Gaul sebati ayam dan bahan tumisan.
  10. Kemudian masukkan bawang goreng (lina pg masukkan 3/4 sahaja, tinggal sedikit untuk hiasan).
  11. Gaul sebati dan seimbangkan rasa.Tutup api.
  12. Ayam masak bawang sedia dihidang.Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar(untuk hiasan).Selamat mencuba.Video tutorial tonton di YouTube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

1 comments