Assalamualaikum...
Menu ayam lagi 😂 , kat rumah ni kalau lauk memang laku keras mesti sentiasa mendapat sambutan.Jadi mamanya kena la reka walaupun yang simple-simple.Dah abes idea buat je ayam goreng bodo-bodo itu pun tetap laku keras hihi...Pagi ni sambil menaip ditemani hujan renya-renyai al-maklumlah dah masuk musim tengkujuh.Bagaimana cuaca di tempat kawan-kawan?hujan juga ke?Kita sama-sama doakan semoga yang diturunkan ini memberi manfaat dan dijauhkan segala musibah dan kemudaratan..aamiin.
Okeylah kita terus sahaja ke resepi hari ini iaitu ayam masak kicap bahan serba ringkas dan cara penyediaannya pun sangat cepat, yang penting rasanya sedap dan tidak terlalu pedas, masih mesra kana-kanak.
yang ni snap dalam kuali..nampak berkuah siket pekat siket
resepi ayam masak kicap simple
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan A
6 ketul ayam
garam dan serbuk kunyit
bahan kisar (B)
1 biji tomato (buang biji)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
air
bahan lain (C)
1 sb cili kisar
3 sb kicap lemak manis (atau secukupnya)
2 sb sos tiram
1 sk kicap pekat
1 sk madu
1 labu bawang holland
cili merah dan cili hijau (untuk hiasan)
air secukupnya (untuk kuah)
cara-cara
- Perasakan ayam dengan garam kunyit dan goreng hingga masak.Ketepikan.
- Keluarkan lebihan minyak menggoreng, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan kisar (b) hingga terbit bau dan masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan kicap manis, sos tiram, kicap pekat dan madu (atau sedikit gula merah) kacau sekejap, kemudian masukkan air (untuk kuah)biarkan mendidih.
- Masukkan ayam, gaul rata.Masukkan hirisan bawang holland, cili merah dan cipi padi (untuk hiasan).Siap.
2 comments
anak2 dara kat umah suka sgt la ayam masak kicap hari2 pun xper.
ReplyDeletenl.try cara Lina pula comfirm laku
haaa itulah pasal cik nor, jenuh mak-mak nak memikirkan menu ayam apa la yang nak masak...ayam kicap sempoi je ni
Delete