Assalamualaikum...
Mak-mak tengah mencari idea memasak untuk tengahari ke tu?Kalau anak-anak sejenis yang suka sangat makan ayam, memang naik pening la nak memikirkan menu apa yang nak masak kan?Apa kata cuba buat gulai ayam siam ni sedap tau rasa dia sipi-sipi gulai padang gitu.Makan dengan nasi pun boleh, buat cicah-cicah roti pun boleh.Resepi ni saya pernah buat dulu, kalau tak silap resepi asal ialah wana potret kasih.Kali ini saya buat versi hantam saya 😂 bab mendurhaka lina pg memang terrer 😂 .
versi gulai dengan aroma daun limau purut, ala-ala rendang siket.
Resepi Gulai Siam Ayam/Gulai Ayam Daun Limau Purut
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (kisar)
12 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sb ketumbar
1/2 sb jintan halus
1/2 sb jintan kasar
air
Bahan B
12 ketul ayam
1 batang serai (ketuk)
5 helai daun limau purut
250ml santan
2 asam keping
garam, perasa dan gula kabung Thai
air secukupnya
Cara-Cara
- Panaskan minyak, tumis serai yang telah diketuk, masukkan bahan kisar.Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan gula kabung Thai (kalau tak ada boleh guna gula merah/gula pasir), kacau/tumis sebentar.
- Masukkan ayam dan gaul rata, masukkan asam keping, daun limau purut,kacau sekejap.Kemudian masukkan garam (masuk siket je dulu) dan serbuk perasa (saya suka masukkan garam awal supaya rasanya mesra dengan ayam).
- Gaul sebati dan tutup periuk untuk kecutkan ayam.
- Masukkan santan, air secukupnya untuk kuah.Biarkan mendidih dan ayam empuk.
- Seimbangkan rasa tambah garam (jika perlu) Gulai ayam siam siap dihidang.Selamat mencuba.
1 comments
Jangan give-up. Saya selalu rujuk video LinaPg bila clueless nak masak apa. Alhamdulillah, menjadi dan sedap. Teruskan usaha.
ReplyDelete