gulai nenas ikan kering simple dan sedap

By LiNa_Pg - Monday, October 17, 2022

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, asyik terbiar je kan dapur TMK ni.Okeylah hari ni kita buat n3 ringkas sahaja sebab resepi pun mudah dan ramai yang dah pandai.Resepi hari ni ialah gulai nenas ikan kering atau ikan masin.Ejaan betul ialah gulai nanas ikan kering (bukan nenas) tapi kena ambil kira juga carian di google hihi

gulai nenas ikan masin, resepi gulai ikan talang masin, gulai ikan masin dengan nanas,
simple jer tapi boleh bertambah-tambah nasi kalau lauk macam ni

resepi gulai nenas ikan kering
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
350g ikan masin/ikan kering
1/2 biji buah nanas (potong/hiris)
5 ulas bawang merah (kisar)
1 biji cili padi (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar)
2 cm kunyit (kisar)
1 asam keping
200ml santan pekat
Garam dan perasa

cara-cara
  1. Ikan masin/ikan kering dicuci bersih dan rendam selama 20min.kemudian toskan.
  2. Bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili padi kisar bersama dengan 1 cawan air.
  3. Tuang ke dalam periuk dan reneh hingga mendidih.
  4. Masukkan nenas dan ikan.Tambah air hingga sama paras dengan bahan dalam periuk.
  5. Masukkan asam keping, tutup periuk dan biarkan mendidih hingga nenas lembut.
  6. Masukkan santan pekat (lina pg guna santan kotak),garam dan perasa.Biarkan kuah mendidih. Tutup api.
  7. Tips keluarkan asam keping supaya kuah tidak terlalu masam.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Terliur saya tengok gulai nanas ikan kering TMK! Rasa nak sudu ke mulut saja kuahnya tu Lina.

    ReplyDelete