resepi kuih loyang yang rangup dan sedap | kuih tradisional kegemaran rakyat Malaysia

By LiNa_Pg - Friday, September 16, 2022

 Assalamualaikum...

Hi semua, selamat menyambut hari Malaysia bagi yang santai-santau di rumah dan selamat bercuti bagi mereka yang membawa keluarga bercuti ke mana-mana destinasi percutian.Resepi kita hari ini iaitu kuih loyang hurmmm macam sesuai pulak di post semasa hari Malaysia kerana kuih loyang atau kuih goyang ni merupakan kuih atau kudapan kegemaran rakyat Malaysia pelbagai kaum.Kalau semasa CNY perayaan tahun baru cina, kuih loyang atau kuih ros juga disajikan kepada tetamu.Manakala semasa sambutan Deepavali kuih loyang yang juga dikenali sebagai kuih achu murukku / achu muruku juga menjadi kegemaran kaum India.Sedikit info nama ni paling banyak nama ia juga dikenali sebagai rose cookies / kuih ros / kuih rose / honeycomb cookies . Haa yang ni mungkin jarang di dengar, kalau di Kelantan kuih goyang ni ada nama lain iaitu kuih bunga durian agaknya sebab kelopak dan warna tu macam bunga durian yang mekar.Satu lagi namanya di Kelantan ialah kuih sarang tebuan (beehive cookies).Nah...satu kuih punya banyak nama dan juga digemari pelbagai bangsa dan peringkat usia.Boleh dijadikan kuih kebangasaan Malaysia ni hehe.

Panjang betul menaip hari ni, sebenarnya resepi kuih loyang ni saya buat sebelum raya haji, maklumlah raya haji kalau yang kudap-kudap macam ni memang laku kalau biskut raya tu memang orang tak buat sangat.Haa nampak tak, blog TMK dah ada peningkatan dari resepi bulan puasa dan meningkat ke resepi raya haji hahaa...Ada beberapa video/resepi masakan yang saya tinggalkan sebab yang tu resepi collab untuk youtube dan IG sahaja.Jadi saya abaikan beberapa konten atau resepi untuk post ke dalam blog.

puas hati betul dengan tektur kuih goyang ni.Kuih ros yang dihasilkan ni sangat rangup tapi bukan jenis rapuh.Yang ni bila makan bunyi krup krap dan sangat lasak.Kalau terhentak pun agak susah nak pecah.Sebab ada kombinasi tepung yang digunakan.Kalau guna tepung beras semata, tektur jadi sangat rapuh dan fragile.Terhentak siket dan jadi serdak.

Tapi....... resepi yang ini agak tidak sesuai kalau nak hidangkan untuk tok/tok wan yang tak ada gigi tau sebab kena gigit dan kunyah hihi...

resepi kuih loyang, cara buat kuih goyang malina lina pg, kuih ros lina pg, beehive cookies, kuih tradisional malaysia,
kuih loyang ni kalau ikut betul-betul resepi dan panduan yang saya kongsikan di Youtube memang menjadi

cara buat kuih goyang yang sedap dan rangup
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
150g tepung beras
100g tepung gandum
50g tepung jagung
120g gula (boleh tambah/kurangkan)
1 biji telur
200ml santan pekat 
150-200ml air (bergantung kepada kepekatan adunan)
sedikit garam

cara-cara
  1. Sediakan mangkuk besar, masukkan bahan kering iaitu tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan sedikit garam.Gaul rata bahan kering.
  2. Kemudian masukkan bahan basah, masukkan telur (pukul sedikit sebelum masuk ke dalam tepung), gaul sekejap.
  3. Masukkan santan sambil kacau/adun.Kemudian masukkan air kacau hingga adunan licin/tidak berketul (pastikan gula larut/hancur).Tapiskan adunan.
  4. Panaskan minyak bersama dengan acuan kuih loyang.Setelah minyak panas (tengok tips di youtube) keluarkan acuan dan renjis-renjis lebihan minyak pada acuan.
  5. Celup acuan tadi ke dalam adunan kuih loyang.Saya asingkan adunan tadi ke dalam mangkuk kecil.Pastikan celup 3/4 acuan sahaja.Jangan sampai acuan tenggelam dalam adunan.nanti kuih melekat susah nak tanggalkan semasa menggoreng.
  6. Seterusnya masukkan acuan yang telah dicelup tadi ke dalam minyak panas.Jangan biarkan rapat ke dasar kuali.Kita pegang atau gantung acuan tu lebih kurang 10-15 saat, kemudian bolehlah goyang untuk tanggalkan acuan.
  7. Setelah kuih tertanggal biarkan kuih masak.DAN acuan tadi kena panaskan semula dalam minyak gorengan.
  8. Setelah kuih garing, terbalikkan kuih supaya masak secara sekata.Apabila kuih masak, angkat dan toskan untuk keluarkan lebihan minyak.Ulang proses hingga semua adunan habis.
Note:
resepi kuih loyang ini tidak menggunakan air kapur .
Tips kuih tidak melekat, rendam acuan dalam minyak panas.Acuan tidak boleh terlalu panas nanti adunan tidak melekat semasa mencelup.Suhu yang sesuai memainkan peranan.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Tengok kuih yang cantik ni rasa nak makan pula.
    Selaat Hari Malaysia . Moga negara kita terus aman dan makmur.
    Walaupun cuti umum, kami terpaksa akur kerahan kerja hari ini dari kayangan. Sabar sajalah.

    ReplyDelete