cara buat kuih lopes sedap dan lembut tanpa kukus

By LiNa_Pg - Wednesday, April 13, 2022

 Assalamualaikum...

Hai kembali bersiaran, hari ini saya nak kongsikan salah satu kuih wajib makan pada bulan ramadan iaitu kuih lopes hehe.Selalunya kalau terasa malas nak buat, mesti beli juga sekali, tapi itulah kalau beli macam-macam hal.Kadang kelapa parut terasa hampas, kadang masam, bahagian pulut selalunya tak ada masalah..lembut/keras telan sahajalah dah malas buat kan?Lepas tu sirap gula melaka tu alahai macam air teh jer warnanya ceroi je.Jadi untuk puaskan hati sendiri buat jugaklah walaupun siket sahaja.

Sebelum ini saya pernah kongsikan resepi kuih lopes tapi versi kukus dan arun.Bagi saya yang kukus dan arun dengan air panas tu tekturnya sangat cantik sebab nampak sebiji-sebiji dan pulut lembut.Lepas tu ada yang request supaya buat resepi tanak pulak.Saya pun trylah buat versi tanak guna rice cooker pulak.Alhamdulillah menjadi dan tektur pulut pun lembut cumanya tidaklah sebiji-sebiji.Dan berbaloi juga sebab video kuih lopes agak mendapat sambutan di youtube, tiktok dan juga IG/reels...yang mana ada tiktok tu boleh follow tiktok saya..sama juga @malina_lina_pg hehee (sempat lagi tuuuu haha 😂 )

Okeylah kita terus sahaja ke resepi kuih lopes.

resepi kuih lopes, cara buat kuih lopes, kuih lopes mudah, kuih lopes tanpa kukus, resepi kuih lopes rice cooker, kuih tradisional, kuih warisan zaman, resepi kuih lopes malina lina pg, kuih muih melayu,
selalu dok buat kuih lopes bulat je kan?Kali ini kita buat versi segitiga pulak.Kekonon macam kuih lopes balut dengan daun pisang tiga bucu hehe

resepi kuih lopes, cara buat kuih lopes, kuih lopes mudah, kuih lopes tanpa kukus, resepi kuih lopes rice cooker, kuih tradisional, kuih warisan zaman, resepi kuih lopes malina lina pg, kuih muih melayu,
kuih lopes lebih sedap kalau sirap gula melaka tu masak pekat-pekat siket.

Resepi Kuih Lopes Mudah dan Sedap Guna Rice Cooker
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com
Bahan A (sirap gula melaka/gula nisan)
2 keping gula nisan
1 cawan air
1 sb gula pasir
1 helai daun pandan
secubit garam

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil.Masak hingga gula larut dan reneh sekejap supaya sirap gula melaka akan lebih pekat.
  2. Tutup api dan tapiskan dan sejukkan.
Note:
Tips seeloknya sirap gula melaka dibuat awal supaya tektur lebih likat.Kalau nak buat untuk berbuka puasa, sirap gula melaka buat sebelah pagi atau malam sebelumnya dan simpan dalam peti ais

Bahan B (Pulut)
2 cawan beras pulut (linapg guna beras pulut susu)
sedikit pewarna hijau
sedikit kapur makan
Air secukupnya

Cara-Cara
  1. Cuci beras pulut hingga air basuhan menjadi jernih, tips supaya pulut lambat basi.Toskan dan masukkan ke dalam bekas
  2. Masukkan air secukupnya untuk merendam pulut.
  3. Masukkan pewarna hijau dan kapur makan.Gaul rata dan rendam selama 5 minit sahaja.Tujuan rendam supaya pulut dapat menyerap kapur makan.Kapur makan menjadikan tektur kuih lopes kenyal-kenyal dan lebih sedap.
  4. Kemudian toskan.Toskan sahaja JANGAN BILAS.Ketepikan
Bahan C 
5 helai daun pandan
1 cawan air
1 cawan santan sederhana
sedikit garam
Minyak masak (jika guna santan kotak)

Bahan D (kelapa parut)
1 cawan kelapa parut putih
sedikit garam

Cara:
Satukan kelapa parut dan garam kukus sekejap atau masuk dalam microwave.

Cara-Cara
  1. Sementara tunggu pulut direndam, kita buat air pandan.Gunting daun pandan dan masukkan air.Kisar dan tapiskan
  2. Jadikan air pandan sebanyak 1 cawan.Jika sukatan kurang.Cuma tambah air biasa sahaja.
  3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi ke dalam rice cooker.
  4. Masukkan air pandan, santan cair, dan garam.Jika guna santan kotak masukkan 1 sudu besar minyak masak supaya pulut berkilat.
  5. Tutup periuk dan tekan COOK.Tunggu hingga pulut masak.
  6. Setelah periuk elektrik menjadi KEEP WARM.JANGAN TUTUP suis lagi, teruskan KEEP WARM selama lebih kurang 5min lagi.
  7. Setelah 5min (pulut masak) tutup suis periuk elektrik.
  8. Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam loyang saiz 8x8in dan tekan supaya pulut menjadi padat.Biarkan pulut sejuk sebelum potong.
  9. Setelah pulut sejuk, boleh potong mengikut kreativiti masing-masing.Lina pg potong bentuk segitiga (refer video di youtube malina lina pg).
  10. Salut kuih lopes yang telah dipotong dengan kelapa parut.Kemudian siram dengan sirap gula melaka.Selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments