Assalamualaikum...
Dah hampir seminggu kita berpuasa, macam mana puasa korang?semua ok ke?Tahun ini bazar ramadan dah kembali rancak mesti ramai yang teruja nak membeli belah di bazar dan ramai juga yang kembali bertugas di pejabat setelah sekian lama WFH (work from home)
okeylah tanpa membuang masa kita terus sahaja ke resepi hari ini iaitu sup telur ala chinese style.Biasanya resepi masakan cina ni sangat ringkas dan cepat disediakan dan yang paling penting ialah sangat berkhasiat.Untuk resepi sup kali ini saya masukkan sedikit goji berry yang kaya dengan vitamin C, kalau kawan-kawan tak ada goji beri boleh skip sahaja atau kalau nak cuba, boleh beli je di pasaraya, bahagian buah kering yang kena cedok-cedok tu.Kalau di Tesco ada di bahagian suhun, fucuk, kacang hijau dalam balang tu/bekas yang kena cedok dan timbang tu.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit serbuk pati ayam (atau sedikit garam) dan masukkan susu cair.Susu cair ini akan menjadikan telur hancur/scrumble egg lebih gebu dan creamy.
- Pukul sekejap macam nak buat telur dadar.Panaskan minyak dan goreng telur jadikan telur hancur (scrumble egg).Setelah masak, tolakkan ketepi sedikit.
- Jika minyak goreng tadi habis, letak sedikit minyak anggaran 1 sudu besar, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.
- Kemudian gaulkan telur yang telah digoreng tadi dengan tumisan.
- Masukkan air (untuk kuah), buah tomato, kacau sekejap dan tutup periuk biarkan kuah mendidih.
- Masukkan garam, perasa (seasoning mushroom) ,serbuk lada sulah , buah goji (wolf berry) dan juga cili padi (jika suka pedas)
- Kacau-kacay sekejap, tutup api.Siap.Boleh juga tabur daun bawang (linapg tak ada stok masa buat resepi ni)Untuk menonton video tutorial sila ke YouTube Malina Lina Pg
2 comments
Sesuai utk yg suka berkuah mcm ni, menu simple
ReplyDeletetak pernah tau apa rupa goji berry ni..jap lagi baru nak google
ReplyDelete