Sup

resepi sup telur mudah dan sedap ala chinese style

By LiNa_Pg - Saturday, April 09, 2022

 Assalamualaikum...

Dah hampir seminggu kita berpuasa, macam mana puasa korang?semua ok ke?Tahun ini bazar ramadan dah kembali rancak mesti ramai yang teruja nak membeli belah di bazar dan ramai juga yang kembali bertugas di pejabat setelah sekian lama WFH (work from home)

okeylah tanpa membuang masa kita terus sahaja ke resepi hari ini iaitu sup telur ala chinese style.Biasanya resepi masakan cina ni sangat ringkas dan cepat disediakan dan yang paling penting ialah sangat berkhasiat.Untuk resepi sup kali ini saya masukkan sedikit goji berry yang kaya dengan vitamin C, kalau kawan-kawan tak ada goji beri boleh skip sahaja atau kalau nak cuba, boleh beli je di pasaraya, bahagian buah kering yang kena cedok-cedok tu.Kalau di Tesco ada di bahagian suhun, fucuk, kacang hijau dalam balang tu/bekas yang kena cedok dan timbang tu.

sup telur simple, resepi sup telur chinese style, sup telur untuk sahur, sup goji berry, wolf berry,
simple jer resepi sup ni, sesuai untuk sahur.Bagi yang amalkan pemakanan sihat pun boleh cuba

resepi sup telur simple dan sedap
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
3 biji telur
3 biji buah tomato (dadu)
1 sb susu cair
1 ulas bawang putih (cincang/dadu)
2 cawan air (atau secukupnya untuk kuah)
1 sb goji berry
cili padi (jika suka pedas)
daun bawang (jika ada)
sedikit serbuk pati ayam 
garam
perasa
serbuk lada sulah
minyak untuk menumis


Cara-Cara
  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit serbuk pati ayam (atau sedikit garam) dan masukkan susu cair.Susu cair ini akan menjadikan telur hancur/scrumble egg lebih gebu dan creamy.
  2. Pukul sekejap macam nak buat telur dadar.Panaskan minyak dan goreng telur jadikan telur hancur (scrumble egg).Setelah masak, tolakkan ketepi sedikit.
  3. Jika minyak goreng tadi habis, letak sedikit minyak anggaran 1 sudu besar, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.
  4. Kemudian gaulkan telur yang telah digoreng tadi dengan tumisan.
  5. Masukkan air (untuk kuah), buah tomato, kacau sekejap dan tutup periuk biarkan kuah mendidih.
  6. Masukkan garam, perasa (seasoning mushroom) ,serbuk lada sulah , buah goji (wolf berry) dan juga cili padi (jika suka pedas)
  7. Kacau-kacay sekejap, tutup api.Siap.Boleh juga tabur daun bawang (linapg tak ada stok masa buat resepi ni)Untuk menonton video tutorial sila ke YouTube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Sesuai utk yg suka berkuah mcm ni, menu simple

    ReplyDelete
  2. tak pernah tau apa rupa goji berry ni..jap lagi baru nak google

    ReplyDelete