Cara Masak Gulai Ayam Yang Sedap Sesuai Dimakan Bersama Roti Jala, Pulut Kuning Atau Nasi Putih

By LiNa_Pg - Tuesday, July 30, 2019

Assalamualaikum....
Selamat Bercuti kepada semua.Alhamdulillah pagi ni dilapangkan waktu sempatlah buat n3 yang dah lama tertangguh.Minta maaf banyak2 sebab jarang ke udara.Kekangan waktu sebenarnya tapi saya masih lagi aktif post video di youtube cuma tidak sempat untuk mengarang di blog.
Sebenarnya resepi Gulai atau Kari Ayam ni mendapat request yang sangat tinggi di youtube tapi tulah sebab saya setiap minggu memang jadi menu wajib buat saya anggap macam 'kacang' dan semua orang pandai buat.Benda yang semua dah tahu mesti terasa malas nak buat video kan?Bukan kedekut ilmu atau apa cumanya takut bila post krik..krikk jer...Tak ke sadis tu hahaa...
Alang2 hari tu (dah lama la ni sampai lupa bila hahaa) saya ada buat Pulut Kuning (yang versi moden tu) saya buat sekali la Gulai Ayam ni.Gigih tau record untuk korang.Kenapa saya panggil Gulai?sebab yang ini lebih kepada Gulai versi Kelantan.Kalau kat TikTok pakat bergaduh la pulak sebab Gulai saya ni tak ada daun kari...Ya ampun...Gulai Ayam atau Kari tak wajib okey letak daun kari tu.Yang tu optional kalau suka boleh letak, tak suka tak payah letak.Kalau Gulai/Kari di Kelantan memang TAK WUJUD daun kari.Kalau nak cari kat pasar pun memang bertuah badan la nak jumpa.Nasiblah arwah bonda ada tanam sepokok pokok kari ni senang la naka guna boleh petik jer belakang rumah.
Kalau mengikut citarasa saya sekeluarga untuk Gulai Ayam atau Kari Ayam memang saya tak letak daun kari.Berlainan pulak dengan Kari Kepala Ikan yang ni saya wajib letak pulak.Kalau Gulai Ikan (Kari+santan) saya tak letak daun kari.Pendek kata yang ada santan tak letak daun kari....Pening tak korang baca hahaaa....
Untuk tips Gulai Ayam sedap kuah pekat, saya ada buat n3 sebelum ni.Nanti cari link saya tepek kat sini.Paling penting bawang rangers kena banyak.Barulah rasa manis.Kalau Gulai Ayam Kelantan memang wajib letak nisan kerek/gula nisan siket.Nanti baru cantik warna gulai tu kemerah-merahan sebab bawang dan di'caramelize' dengan gula nisan tu.Kalau tidak, hasilnya kuning dan kurang menarik.Kalau nak letak kerisik pun boleh jugak, untuk video ni saya tak letak sebab apa?hurmmm kalau nak record tu kan memang selalu macam tu la cari tak jumpa la..kadang tak terlupa nak masukkan.Tapi jangan risau rasanya tetap sedap.Kuah pun pekat jugak.Nak lagi mantap, buat gulai hari ni dan perangat esok pagi makan dengan roti jala atau Pulut Kuning memang sedap.Kalau kurang kerajinan roti gardenia punnnn boleh.
Tu dia punya panjang dia mengarang pagi ni.Okeylah sebelum budak sarah bangun hijack lappy mama dia jom kita semak resepi Gulai Ayam versi LiNa Pg

Gambar ni saya snap terus lepas gulai masak, bukan apa kalau takut habis hahaa...Bila suam siket kuah makin pekat
Cicah dengan roti pun sedap nih.Kalau ada sambal jate, ulam timun dan jadi Nasi Berlauk Klate yang orang buat sarapan pagi2 tu.Satu menu boleh dipelbagai

GULAI AYAM SEDAP SESUAI UNTUK ROTI JALA ATAU MAKAN DENGAN NASI PUTIH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 1.2kg ayam (potong ikut suka)
  • 2 labu bawang besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1cm halia (kisar)
  • 1cm lengkuas (kisar)
  • 1 paket serbuk kari ayam (25g)
  • 2 sb cili giling
  • 1cm nisan kerek/gula nisan
  • 250g santan pekat (LiNa Pg guna santan kotak Ayam Brand)
  • 2 biji kentang 
  • 3 asam keping
  • 1 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga (jika suka-LiNa Pg skip)
  • Garam dan perasa
  • Minyak
  • Air secukupnya
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang dan kulit kayu manis dan masukkan bahan kisar.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling dan rempah kari (boleh juga bancuh dengan sedikit air jadikan pes pekat.LiNa Pg masuk terus jer)
  3. Tumis hingga pecah minyak.Masukkan nisan kerek dan tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam, gaul rata dengan tumisan.Tutup periuk sebentar untuk kecutkan air (ayam akan mengeluarkan air)
  5. Masukkan air (atau santan cair)sama paras dengan ayam  masukkan asam keping, garam, perasa dan kentang.
  6. Masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya (mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki)
  7. Biarkan kuah mendidih dan ayam betul2 empuk.Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya kuah tidak bergentel/pecah minyak.
  8. Sesuaikan rasa.Gulai ayam is done...Tiru siket style Eina Azman hahaa..
  9. Okey untuk video tutorial, boleh tengok paparan di bawah.Dah menonton belanja Like satu kali okey...Jangan Lupa Subscribe dan silakan share supaya channel LiNa Pg terus berkembang...Muah setepek
Jika paparan kecil, sila klik pautan di bawah

Okey semua hari ni ada video terbaru di youtube LiNa Pg

Selasa
30hb Julai 2019
Jam 10pagi

  • Share:

You Might Also Like

0 comments