Thursday, July 4, 2019

KengSom Ikan Siakap | Asam Pedas Thai (Update Resepi)

Assalamualaikum....
Asyik tenggelam timbul jer kan?Itulah dah banyak sangat med soc ni sampai tak cukup tangan la.Saya paling aktif di IG..Kalau nak follow boleh follow IG @malina_lina_pg okey.Kalau dah follow tu jangan malu2 tegur la ya...habaq kata follower dari blog TMK, kalau tak pernah timbul macam mana saya nak kenal.
Okey lah tak nak bebel panjang, hari ni nak share resepi Kengsom ikan siakap ni.Hari tu ada buat tayangan amal tapi resepi tak de..Kali ni ada resepi Kengsom sekali video.
Buat masa ni korang layan video dulu okey.Nanti free saya taip resepi.Biasalah pagi ni kejar masa siket nak siapkan lunch budak sarah.Masak memasak tu kena setel pukul 11am...lepas tu dia nak g skool dah...
 Tak tahulah kenapa, boleg p bentang kain alas tu penuh2 macam tu..Agaknya buntu tak tau nak buat stylish macam mana.
Takpelah..yang penting Kengsom Ikan Siakap ni sangat sedap.Sangat sesuai dijadikan hidangan 'lepas raya' kenapa?Sebab yang ni semua rebus jer..kan sihat tu lepas makan segala yang lemak2..makan macam ni berselera siket..

KENGSOM IKAN SIAKAP 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap (potong 4 bahagian)
2 cm belacan bakar (kisar)
3 biji cili merah buang biji (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 cm halia (kisar)
2 inci kunyit hidup (kisar)
1 batang serai (titik)
2 asam keping
2 biji limau kasturi (ambil jus)
1 kiub ikan bilis
1 sb sos ikan
1/4 biji buah nenas
Sayur kangkung
1 biji buah tomato (belah 4)
Garam dan gula/perasa
Air secukupnya untuk kuah

Cara-Cara

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya untuk kuah.
  2. Masukkan serai yang dititik, asam keping, kiub ikan bilis dan sos ikan.Biarkan mendidih terlebih dahulu (supaya hilang pijar bawang dan bahan kisar tadi-kuah lebih sedap)
  3. Masukkan potongan buah nanas, biarkan buah nenas lembut sedikit barulah masukkan potongan ikan siakap.
  4. Masukkan garam, jus limau kasturi dan buah tomato yang dibelah 4.Sesuaikan rasa.Kengsom kena ada rasa masam,masin dan pedas.Kalau suka pedas boleh tambah cili padi dalam bahan kisar.
  5. Akhir sekali masukkan kangkung.Tutup periuk dan terus tutup api.Biarkan selama 1 min.Kemudian buka penutup periuk.Kacau rata kangkung ke dalam kuah.Tujuan supaya kangkung kekal hijau dan tidak overcook.
  6. Selamat Mencuba/
Tekan butang PLAY untuk menonton video tutorial.
Untuk paparan lebih jelas, silak klik link berikut

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...