Teknik Kukus Pulut Kuning Paling Sedap Mudah Dan Tak Perlu Rendam
Assalamualaikum...
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk update blog pagi ni.So, kita update cepat2 sebelum mulakan aktiviti harian.
Resepi kita hari ini ialah teknik mengukus pulut kuning paling cepat dan sangat mudah.Paling penting rasanya sangat sedap dan memenui citarasa keluarga saya.Tektur pulut kuning yang dihasilkan sebiji-sebiji lembut dan sesedap rasa.Apa yang menariknya teknik ini sangat cepat dalam masa anggaran 40min sahaja pulut kuning telah sedia dinikmati.40min tu bermula dari gunting plastik beras pulut ya...bukan dari mula mengukus.Kenapa cepat sangat?Ye...sebabnya Pulut Kuning ni tak perlu direndam.
Saya ni agak old skool siket apabila berkait dengan masakan tradisional macam ni.Saya lebih cenderung untuk memilih kaedah tradisional iaitu merendam beras pulut semalaman, kukus hingga naik wap, kemudian arun, dan kukus semula hingga masak.Bagi saya inilah cara terbaik menghasilkan Pulut Kuning.Akan tetapi....ada tapinya...selepas saya menonton video yang dikongsikan oleh Bonda Rozita di IG, nampak macam senang dan menurut Bonda Rozita Pulut Kuning tersebut sangat digemari di Warungnya.Apa salahnya kalau mencuba teknik ini pula.
Untuk percubaan pertama saya hanya buat 2cawan beras pulut dan makan bersama Rendang Daging yang difrozenkan.Ternyata sangat sedap, lembut dan sungguh cepat disediakan.Sampaikan husband saya tanya bila masa buat pulut kuning...sebab dia macam tak perasan bila masa saya dok kat dapur.Agaknya sebab cepat jer siap.
Untuk n3 kali ni merupakan kali kedua saya buat Pulut Kuning menggunakan teknik yang sama.Alhamdulillah sedap sempurna seadanya..Untuk kali kedua ni saya sediakan video tutorial di youtube channel LiNa Pg.Bonda Rozita izinkan saya panjangkan teknik ini dengan pengunjung Teratak Mutiara Kasih pula
- 3 cawan beras pulut
- 1 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan santan cair (atau air)
- 2 helai daun pandan
- 1 kulit kayu manis
- Garam dan gula
- Sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
- Daun pisang untuk alas pengukus
- Cuci beras pulut hingga air cucian menjadi jernih.Kemudian toskan.
- Masukkan 1 cawan air ke dalam kuali (guna kuali lebih senang untuk mengacau)
- Masukkan juga kulit kayu manis, serbuk kunyit (LiNa Pg guna pewarna kuning saffron),garam, gula dan daun pandan.
- Biarkan mendidih terlebih dahulu sambil dikacau supaya garam dan gula larut.
- Kemudian masukkan santan pekat dan masukkan 1 santan cair.
- Kacau sebentar hingga santan naik wap (jangan sampai mendidih)
- Masukkan beras pulut, dan terus mengacau hingga kering (pastikan sentiasa dikacau supaya masak sekata dan tidak hangit di dasar kuali.
- Setelah kering, pindahkan ke dalam pengukus yang dialas dengan daun pisang.Buat lubang di bahagian tengah pengukus supaya wap dapat naik dan pulut kuning masak dengan sekata.
- Kukus pulut kuning hingga masak anggaran 10-15min (Jika suka pulut lebih lembut kukus lama sedikit)Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
- Pulut Kuning ini juga sedap dimakan begitu sahaja.Tak perlu rendang atau gulai ayam..Lemak, manis masin sesedap rasa.Selamat Mencuba
- Untuk video tutorial, sila klik paparan di bawah.Jika monitor kecil, sila klik link berikut
1 comments
Nampak gaya macm nak buat ketupat palas ye k. Lina.. Pulut tu dimasak dulu atas kuali hingga santan kering. Nak try lah juga. Terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDelete