Assalamualaikum...
Alhamdulillah..hari ni saya berkesempatan untuk update blog, so pagi2 ni cepat2 siapkan entry sebelum masuk dapo.
Hari ni resepi kita Udang Masam Manis atau boleh jugaklah dipanggil Udang Goreng Sos Plum.
Resepi ni sangat ringkas dan cepat disediakan.Saya sendiri pun terlupa saya beli sos plum tu untuk apa sebenarnya..Kalau tak silap nak buat Manggo Ciken tu agaknya...Mangga ke mana ayam ke mana...Takpelah macam kesian sos plum dalam peti ais kita rekalah resepi yang sangat ringkas ni....Walaupun simple tapi Alhamdulillah sangat2 sedap tau.Husband yang pantang udang (tak makan udang sebab gout pun terpaksa langgar pantang hahaa)Katanya terliur sebab dia calit dan ambil rasa sos yang kat pinggan tu katanya sedap...So,tutup mata makan jugaklah Udang Masam Manis ni hahaa...Harap en.suami tak kena gout la.Saya menggunakan Udang saiz sederhana je sebab tak plan nak masak macam ni pun.Biasanya saiz macam ni saya buat sambal tumis atau Gulai Daun Kesum.Tapi memandangkan baru sahaja masak kedua2 menu tu, so kita buat kelainan siket lah memandangkan agak cemuih asyik menumis dan menggulai jer.Buat yang ringkas2 jer.
Resepi Udang Masak Sos Plum ni saya sediakan video tutorial jugak di Youtube Channel LiNa Pg, korang boleg tengok kat sana okey.Okey jom kita semak resepi
- 15 ekor udang saiz sederha besar
- 2 sb sos tiram
- 2 sb sos cili
- 2 sb sos plum (LiNa Pg guna brand Life)
- 1 labu bawang besar belah 6
- 5-6 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- Cili merah dan cili hijau potong serong
- 1 sb tepung jagung
- Garam, Kunyit dan Gula
- Minyak
- Cili kering dipotong anggaran 2inci cuci dan rendam sekejap dalam air biasa.
- Perasakan udang dengan garam kunyit dan tabur tepung jagung.
- Panaskan minyak, goreng udang sekejap sahaja hingga bertukar warna.Angkat dan ketepikan sebentar.Jangan goreng terlalu lama nanti udang akan keras/liat
- Kemudian goreng cili kering dan bawang besar.Goreng hingga nampak agak garing sedikit.Angkat dan toskan.Ketepikan.
- Keluarkan lebihan minyak gorengan tadi dan tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang putih yang dicincang hingga garing.
- Masukkan sos plum, sos tiram, sos cili dan juga sedikit gula.Kacau rata.
- Masukkan udang yang telah digoreng tadi bersama hirisan cili merah dan cili hijau.Kacau rata
- Akhir sekali masukkan cili kering dan bawang besar yang telah digoreng.Kacau sebentar sahaja.Terus tutup api.
- Udang Masam Manis telah siap untuk dihidang.Selamat Mencuba.
- Untuk video tutorial tekan butang PLAY
0 comments