Biskut Dahlia Rangup Dan Gebu (Tips Supaya Kelopak Bunga Tidak Jatuh Selepas Dibakar)

By LiNa_Pg - Saturday, June 01, 2019

Assalamualaikum...
Pasti ramai yang menggemari Biskut Dahlia atau Samperit kan?Biskut Dahlia atau Semperit sama jer.Yang beza hanya rupa.Biskut Dahlia berbentuk bunga manakala Semperit pula berbentuk panjang diterap menggunakan acuan tart nanas.Saya suka Biskut Dahlia yang sedikit firm boleh dipegang (tidak hancur) kena gigit sedikit  kemudian cair dalam mulut.Saya tidak suka Biskut Dahlia yang terlalu gebu sampai nak pegang pun hancur..Kalau tengok bekas pun penuh dengan serdak...Citarasa saya sedikit rangup tapi gebu dan cair dalam mulut.
Kalau korang mempunyai citasara seperti saya, bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan hari ni.Paling penting Biskut Dahlia ni kekal bentuk selepas dibakar dan kuihnya tidak kembang setaman.
Saya menggunakan acuan pecah 12.
Untuk Resepi Biskut Dahlia ni saya sediakan video tutorial di youtube.Alhamdulillah viewnya mencecah 12K tak sangka sangat mendapat sambutan.Ramai betul penggemar Kuih Samperit ni
Okey jom kita semak resepi

Saiz kecil comel jer...bite size gitu hehee..Memang sedap.Budak sarah memang suka sangat.Belum apa2 dah abes sebalang. 
 Cubalah..insyaaAllah sedap

BISKUT DAHLIA/SAMPERIT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 150g mentega (lembut)
  • 80g gula aising 
  • 1 kuning telur
  • 1/2 sk esen vanila
  • 120g tepung gandum 
  • 50g tepung jagung
  • 80g tepung kastad
  • 1sb tepung beras
  • Sedikit pewarna kuning
  • Potongan ceri secukupnya
Cara-Cara
  1. Ayak semua tepung dan ketepikan terlebih dahulu.Ayak juga gula aising
  2. Gaul rata mentega bersama gula aising menggunakan senduk atau spatula sahaja.
  3. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning.Gaul rata.Jangan terlebih gaul nanti biskut akan kembang setaman.
  4. Masukkan tepung dan gaul rata menggunakan spatula, kemudian uli dengan tangan hingga menjadi doh tak melekat ditangan.
  5. Tutup doh dengan plastic wrap dan rehatkan doh selama 10-15min.Sementara itu sediakan loyang.Alas loyang dengan baking paper dan sapukan sedikit butter.
  6. Terap mengikut bentuk bunga Dahlia atau bentuk Samperit.
  7. Selepas siap diterap rehatkan sebentar ~20min (jangan terus bakar)Ini tips penting supaya bunga 'keras sedikit' dan bila dibakar bungan tak jatuh. Kalau bakar terus selalunya loyang pertama bunga collaps kan? sementara itu boleh panaskan oven
  8. Bakar biskut selama 15min (hingga masak) suhu 150'C (mengikut suhu oven masing-masing)
  9. Selepas biskut masak, biarkan sejuk seketika dalam tray.Selepas itu boleh dialihkan ke redai penyejuk.Jika terus alih ke redai penyejuk, kemungkinan biskut akan patah.
  10. Selamat Mencuba.Untuk menonton video tutorial sila klik link di bawah
Note:
Penambahan tepung beras bertujuan supaya biskut ringan sedikit rangup tapi masih gebu dan cair dalam mulut.
Doh mestilah lembut (bukan lembek ya) dan senang ditekan, jika doh agak keras, tambah sedikit butter atau sapukan tangan dengan sedikit minyak dan uli semula.
Jika doh agak lembek tambah tepung gandum.
Kalau mengikut sukatan yang diberikan hasilnya adalah sedang elok sahaja.
Pastikan doh ditutup dengan plastik wrap semasa proses menerap supaya doh tidak keras.
Tak jadi jugak..kena mandi bunga hahaaa



  • Share:

You Might Also Like

0 comments