Biskut Coklat Chips Rangup Sedap Dan Resepi Mudah Tak Guna Mixer

By LiNa_Pg - Sunday, June 02, 2019

Assalamualaikum...
Dah banyak ke kukis umah korang?Kat rumah saya ni bukan makin banyak, tapi makin siket hahaa...Buat abes buat abes camana nak jadi makin banyak.Tapi takpe la memang buat untuk anak2 makan pun.In fact lagi seronok jika anak2 asyik memunggah makan jer..Itu lagi bagus dari buat display anak nak makan tak boleh.Kesian kan?
Biskut coklat chips ni saya buat sedikit sahaja olahan dari resepi biras kak rosaliza iaitu kak Anida..tapi biasalah ada jer yang dia nak durhaka hahaaa...Bukan durhaka sebarangan tapi penambah baikkan..haaa gitchuuu (sila ikut nada kak Lina Pom Pom hahaa)
Resepi Biskut Coklat Chips ni saya sediakan video tutorial jugak, nanti saya sertakan link.Kalau korang suka kekacang boleh letak almond nibs atau apa2 kekacang yang digemari.Saya cuma letak coklat chips sebab si dak Sarah dan abahnya x makan kacang.Si abah memang tak boleh makan sebab gout, tapi dak sarah tu mengada jer x suka kacang2 ni huhu..
Okey tanpa buang masa, kita semak resepi.

Biskut ni ringan dan rangup sebab ada  sedikit tepung beras..Rasanya pulak mewah dengan coklat chip.Baru syiok bila makan tergigit coklat chips

 Nampak tak bahagian bawah tu sedikit berongga dan nampak ringan je kan..Sedap rangup rasanya tak begitu manis..sedang2 jer sesedap rasa

BISKUT COKLAT CHIPS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum (225g)
  • 1/2 cawan tepung jagung (50g)
  • 1 sb tepung beras (7g)
  • 250g coklat chips
  • 1/3 cawan gula perang (45g)
  • 1/3 cawan gula kastor (69g)
  • 200g mentega (lembut)
  • 1sk serbuk koko (boleh lebihkan jika suka lebih gelap)
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk baking soda
  • 1/2 sk esen vanila
  • 1 kuning telur (gred A)
Cara-Cara
  1. Kesemua tepung diayak terlebih dahulu.Ketepikan sebentar.
  2. Gaul mentega bersama gula perang dan gula kastor.Gaul sebati sahaja tak perlu hingga kembang
  3. Masukkan telur dan esen vanila.Gaul rata.
  4. Masukkan tepung dan serbuk koko, gaul rata kemudian uli menggunakan tangan hingga menjadi doh.
  5. Akhir sekali masukkan coklat chips dan gaul rata.
  6. Bulatkan doh anggaran sebesar ibu jari kemudian tekan dengan garfu.
  7. Bakar biskut selama 25-30min (hingga masak) suhu 150'c (bergantung suhu oven masing-masing)
  8. Setelah biskut masak, biarkan dalam dulang pembakar terlebih dahulu hingga biskut sejuk sedikit kemudian alihkan ke redai penyejuk.
  9. Simpan biskut dalam balang kedap udara setelah biskut benar2 sejuk.
  10. Selamat mencuba.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments