Sup Kepala Ikan Resepi Sihat Mudah Dan Sedap (Petua Ikan Tidak Hanyir)
Assalamualaikum...
Lepas raya ni memang masih insofff lagi...Masak yang rebus dan sup2 jer hahaa..Resepi sihat macam ni pun memang menyelerakan tau.Tapi kena control la jangan pulak ada budu tempoyak ulam bagai...wasalam 3-4 pinggan hahaa..ke laut diet macam tu.
Okeylah sebab dah petang ni, saya agak bizi jugak (bz seisi petang, pagi buat cara bz belah pagi) Pendek kata bz memanjang la.
Hari ni saya nak share idea lauk ringkas iaitu Sup Ikan, saya menggunakan Kelapa Ikan Jenahak.Selain dibuat Kari Kepala Ikan, sedap jugak kalau buat sup..Tambahan cuaca panas sekarang ni memang sedap sangat hirup kuah..masam2 dan pedas manja jer..Ada pulak sayuran serba sedikit dalam tu kira setel la..Lauk berkuah dan sayur sekali harung.Pelakon tambahan, korang boleh goreng telur dadar untuk anak2 dan ikan masin/ikan pekasam untuk mak bapak...Ada ulaman dan sambal belacan...Lengkap sudah..Saya ni masak simple jer.
Untuk Sup Kepala Ikan ni, saya sediakan video tutorial.Korang boleh tgk di youtube channel LiNa Pg okey.
- 1 kepala ikan jenahak/ikan merah (belah 2)
- 1 bunga lawang
- 1 kulit kayu manis
- 1/2 labu bawang besar (mayang)
- 3 ulas bawang putih (mayang)
- 2 batang serai (titik)
- 1/2 in halia (mayang)
- 2 kiub ikan bilis
- 2 biji limau kasturi (Ambil jus)
- Stok udang (atau air secukupnya)
- Kentang, karot, batang celery, tomato dan cili padi
- Daun ketumbar (ambil akarnya sekali)
- Cili padi
- Gara dan perasa
- Minyak
- Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar, halia, bawang putih dan serai.
- Setelah bahan tumisan sedikit garing, masukkan stok udang atau air biasa.
- Masukkan kentang, akar ketumbar, kiub ikan bilis dan jus limau kasturi (jus ni masuk last pun boleh)Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu dan kentang empuk.
- Masukkan karot dan kepala ikan.Biarkan seketika supaya ikan masak.
- Kemudian masukkan batang celery dan buah tomato yang dibelah 4.
- Taburkan hirisan daun ketumbar dan cili padi.Sesuaikan rasa (tambah garam dan perasa jika perlu)
- Sup Kepala Ikan sedia dinikmati.Selamat Mencuba
Tips untuk mengelakkan supaya kepala ikan berbau hanyir, sebelum memasak, lumurkan ikan dengan asam jawa.Biarkan sebentar.Kemudian bilas dengan air biasa.
Kepala ikan sedia dimasak mengikut resepi kegemaran.
1 comments
Hi Lina. Sedap sup macam ni. Very healthy pulak.
ReplyDelete