Thursday, October 29, 2009

Bendi Goreng Belacan


Salam,
Hari ni tayang menu sayur plak, asyik dessert jer. Bendi ni merupakan sayur kegemaran kami sekeluarga, tambah pulak yang jenis kacau goreng cenggini, krup..krap..krup..krap..licin satu pinggan main ratah jer. Tuan punya resepi ni ialah DJ, kenal tak? Ala..dayangjack.Kebanyakan resepi dayang ni sangat ringkas tapi cukup membuka selera..ada sapa-sapa yang nak joint tak? Jom makan..Sesiapa yang berminat boleh la mencuba resepi ni:
Bahan-bahan :

  • 7-8 batang bendi (direndam dgn air bergaram. Kemudian dibilas dan dipotong menyerong)
  • 2 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 biji cili merah*
  • 1/2 inci belacan bakar*
  • 1 sudu makan sos tiram
Cara-cara : Tumbuk bahan2 bertanda*. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau. Masukkan sos tiram dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan bendi dan kacau sebati(30 saat). Padamkan api dan hidangkan.

**boleh tambah kicap/garam jika suka.

2 comments:

dayang_jack said... Balas

kte dh angkat tgn ni nk join!!...sedaaapnyaaa!!..hehe..tq lina. :)

lina_pg said... Balas

cepat buka mulut kite suapkan..buka luas2 tau..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...