Mee

Koay Teow Goreng Kerang | Tips Koay Teow Cantik Tidak Patah/Putus

By LiNa_Pg - Monday, October 09, 2023

 Assalamualaikum...

Hai semua, ingatkan semangat berkobar-kobar update blog berterusan, rupanya 2-3 hari sahaja yang rajin , lepas tu mood menulis ke laut dalam 😂 .Okey hari ni macam ada kerajinan sedikit untuk menulis walaupun resepi dah berkurun share di Youtube tetapi tetap la update dalam blog juga walaupun dah lama.

Hurmmm kalau selalunya kita goreng atau masak koay teow akan jadi patah-patahkan?boleh putus selera kalau tengok rupa paras koay teow yang siap digoreng.Okey sedikit tip untuk dapatkan hasil gorengan koay teow yang cantik ialah, saya gaulkan koay teow dengan kicap terlebih dahulu.Biar warnanya sekata barulah kita masukkan ke dalam bahan tumisan.Kalau selalunya kita campakkan koay teow yang putih suci ke dalam kuali semasa menggoreng dan kita masukkan kicap lepas tu gaul punya gaul, lama-lama putus/patah koay teow tu dah tak cantik.Boleh refer di youtube malina lina pg,untuk lebih senang faham.

koay teow goreng, koay teow kerang, penang char koay teow,
Kalau di Penang terkenal dengan char koay teow atau koay teow basah sampai level berkuah gitu.Sekali sekala kita buat style kering-kering pulak

Resepi Koay Teow Goreng Kerang Style Kering
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan kisar
3 ulas bawang merah (tumbuk/kisar)
2 ulas bawang putih (tumbuk/kisar)

Bahan B
600g koay teow
3-4 sb kicap lemak manis
Note:
Gaul rata kedua bahan ini.Ketepikan sebentar.
Tips supaya koay teow tidak patah/putus apabila digoreng.

Bahan Lain
Sedikit minyak
1-2 sb cili kisar (terpulang kepedasan masing-masing)
1 sk gula merah
1 ketul dada ayam (potong dadu kecil)
1 cawan kerang
Fish cake (lina pg guna 2 keping)
1 sb sos ikan
2 sb sos tiram
1 sb sos cili
1 sk serbuk pati ayam
2 biji telur
Tauge, kucai, cili merah

Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing.Kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula merah, tumis sekejap.Kemudian masukkan isi ayam, tumis sekejap hingga ayam hampir masak (nampak putih-putih), kemudian masukkan kerang dan fish cake, gaul sebati.
  3. Seterusnya masukkan sos ikan,sos tiram,sos cili dan serbuk pati ayam.Gaul sebati, kemudian masukkan koay teow.Gaul sekejap dan tolak ketepi sedikit (untuk beri laluan kepada telur) masukkan telur dan biarkan telur beku/set sedikit barulah digaul bersama koay teow.
  4. Kemudian masukkan sayuran taugeh, kucai gaul sekejap sahaja jika suka tauge yang masih rangup.Tutup api kemudian barulah tabur hirisan cili merah.Siap!
  5. Video tutorial boleh tonton di YouTube Malina Lina Pg. Jangan Lupa subscribe tau...It's free hehe
Note:
Turutan bahan adalah mengikut flow video youtube 

  • Share:

You Might Also Like

1 comments