Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di hari Jumaat.Kalau kat rumah ada roti yang hampir expired tapi rotinya masih banyak lagi, jom kita buat talam roti.Sebenarnya ada cerita di sebalik pembikinan kuih talam roti ni, saya sangkaan dah ke laut dalam hasil kuih ni memandangkan selepas kukus lapisan kuning...eh mana hilangnya sebab nampak siket dan nipis je.Mesti tak menjadi.Kebetulan pulak masa buat kuih ni saya rekod video untuk youtube, berbelah bagi juga sama ada nak terus rekod atau stop sahaja.Sambung buat kuih tapi rasa malas dah nak rekod.Tapi tekan jugak la butang rekod tu perjuangan diteruskan, hasilnya memang saya tak harap apa-apa dah.Cuma tau kuih ni insyaaAllah akan sedap dan boleh makan.Itu je yang saya harapkan.
Setelah siap kukus semua, scene untuk keluarkan dari loyang dan potong pun saya tak buat dah..Terus potong kuih tanpa rekod.Eh!elok rupanya....walaupun ada kesilapan teknikal rupanya lapisan kuning yang sepatutnya berada di tengah, selinap turun ke dasar loyang.Jadinya lapisan kuning, roti dan lapisan hijau.Sepatutnya roti, lapisan kuning dan lapisan hijau 😂 .Alhamdulillah syukur cantik juga kejadiannya.
Hasil post mortem dari kejadian ini, adalah kerana saya cucuk lapisan roti menggunakan pisau dan cucuk pun 'over' sangat sampai ke dasar, sebab tu bila tuang lapisan kuning boleh menyebabkan bolos ke bawah.Bila nak tuang lapisan hijau, saya ambil pengajaran cakar slow-slow secara lemah lembut sahaja menggunakan garfu.Alhamdulillah tak bolos dah lapisan hijau tu.
Haaa beginilah hasilnya..sepatutnya lapisan kuning berada di tengah tapi magikal lapisan roti pulak duduk di tengah 😉- Untuk bahan A, sediakan bekas yang sesuai satukan semua bahan kecuali ROTI, kacau sebati hingga gula larut dan ketepikan sebentar.
- Dalam mangkuk/bekas yang berasingan sediakan roti dan siat/potong kecil-kecil.Tuang bahan no.1.Gaul sebati dan pastikan roti terendam supaya roti kembang.Biarkan selama 15-20min (hingga roti kembang).
- Sementara itu kita sediakan loyang (lina pg guna saiz 8x8in) alas dengan baking paper dan tuang adunan tadi.Kukus selama 25min (hingga masak)Pastikan air dalam pengukus telah mendidih sebelum mula mengukus.
- Untuk lapisan atas pula, sediakan bekas yang sesuai satukan semua bahan B (kecuali pewarna).Kacau sebati, jika ada ketulan bolehlah tapis supaya tektur kuih lebih licin.
- Bahagikan kepada 2 bahagian.Letak pewarna kegemaran masing-masing.Lina Pg letak pewarna hijau dan satu bahagian lagi warna kuning.
- Setelah roti siap dikukus, cakar/kelar bahagian atas roti tadi dan tuang bahagian kuning.Haaa kat sinilah kesilapan teknikal tu.Boleh tengok kat video.Sambung kukus selama 20min (hingga masak).
- Setelah lapisan kuning masak, cakar/kelar sedikit kemudian tuang lapisan hijau.Tutup dengan aluminium foil, kukus selama 20min (hingga masak).Setelah kuih masak, biarkan kuih sejuk selama 3-4jam sebelum dipotong.
2 comments
sedapnya
ReplyDeleteWah sedapnya!
ReplyDelete