Udang Masak Diraja Sedap Dan Mudah

By LiNa_Pg - Thursday, October 12, 2023

 Assalamualaikum...

Setiap hujung minggu, kami selalu ke pasar untuk membeli barang-barang basah.Kalau tengok udang atau makanan laut yang segar-segar (dan harga agak mesra poket) beli jugak la untuk anak-anak.Bila dah beli udang menu yang sentiasa diulang siar ialah udang sambal petai, sekali sekala udang telur masin.Pi mai pi mai resepi itulah juga.Bila dah beli udang,  jenuh fikir nak masak apa pulak kali ini.Kebetulan masa tu (sebab dah lama buat udang masak diraja ni) resepi ini agak viral di TikTok padahal sudah lama berada dalam dunia blogging 😉 

Bila tengok bahan-bahan pun ringkas sahaja dan nak buat pun senang sangat, so saya decide nak buat udang masak diraja...ramai jugaklah yang kata macam rendang je..apa yang dirajanya?Ini pendapat sayalah yea..yang betulnya saya tak tahu kenapa namanya sedemikian rupa.Saya rasa sebab warna masakan udang masak diraja ini berwarna KUNING DIRAJA.Kalau yang masak menggunakan cili/cili giling yang banyak dan warna masakan menjadi kemerahan seperti rendang mungkin sudah hilang warna diraja tu.

Resepi Udang Masak Diraja ini seakan rendang sebab menggunakan santan dan daun kunyit, sedikit kelainan ialah tidak menggunakan kerisik.Sesuai makan dengan nasi putih kalau nak makan dengan pulut kuning pun boleh juga.Terpulang selera masing-masing.

udang masak diraja malina lina pg, resepi udang,
Cubalah mudah jer cara membuatnya

Resepi Udang Masak Diraja
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Kisar)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 biji cili padi (untuk pedas)
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
sedikit air

Bahan B
500g udang
100ml santan pekat
100ml air 
1 asam keping
1 batang serai (ketuk)
Garam dan perasa
Daun kunyit
Sedikit minyak



Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, masuk serai bersama bahan kisar tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan udang, asam keping gaul sebati bersama tumisan.Masukkan santan pekat,air dan gaul sebati.
  3. Masukkan garam,perasa dan daun kunyit.Biarkan hingga udang masak dan kuah menjadi pekat.Siap!

  • Share:

You Might Also Like

2 comments