CUCUR CRABSTICK GARING DAN RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

By LiNa_Pg - Monday, November 06, 2023

 Assalamualaikum...

Sedar tak sedar dah masuk bulan November.Begitu cepat masa berlari sampai tak terkejar rasanya.Semoga pembaca blog TMK sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t selalu hendaknya.

Okeylah hari ini saya nak berkongsi satu resepi minum petang yang serba ringkas, dah lama juga saya buat cucur crabstick, tapi macam biasalah ambil masa yang lama untuk menulis resepi dan update dalam blog picisan ni.

Sebenarnya cucur ni agak universal boleh gantikan dengan ikan bilis, udang, sosej atau apa sahaja yang anak-anak makan.Kalau kat rumah saya ni husband tak boleh makan ikan bilis/udang, jadi saya gantikan dengan crabstick haaa senang semua boleh makan.

Tips supaya cucur rangup (di luar) buat bentuk yang leper sedikit macam dalam gambar ni.Kalau buat bulat-bulat tu takut nanti tektur cucur jadi gebu pulak.Walaupun tektur cucur dah lain tapi insyaaAllah rasanya tetap sedap.

cucur jejari ketam, cucur crab stick,
Cucur ni kalau makan macam tu pun dah sedap.Tak payah cicah sos pun tak apa

Cucur crab stick rangup di luar lembut di dalam
by Malina Lina Pg  https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan crab stick / jejari ketam (carik/siat kecil)
1 cawan karot (parut/sagat)
1 cawan daun kucai/daun bawang
1 biji cili merah (hiris)
1 biji telur
Serbuk pati ayam
Serbuk penaik
Serbuk kunyit
Air sejuk (anggaran 150ml)
Minyak

Cara-Cara
  1. Sediakan mangkuk besar, satukan tepung gandum,jejari ketam, karot, cili merah, telur, serbuk pati ayam, serbuk penaik dan serbuk kunyit.Gaul rata semua bahan ini.
  2. Masukkan air SEJUK sedikit demi sedikit dan adun hingga menjadi adunan yang kental (tak terlalu cair atau tak terlalu pekat)Tips penggunaan air SEJUK (peti ais) menjadikan tektur cucur rangup dan sedap.Perap selama 15min
  3. Panaskan minyak dan goreng cucur menggunakan api sederhana.
  4. Tips menggoreng, skop menggunakan sudu dan leperkan sedikit bentuk cucur (tekan menggunakan sudu) supaya cucur yang dihasilkan menjadi rangup.Goreng hingga masak kedua-dua belah.Angkat dan hidangkan bersama sos cili atau makan begitu sahaja.

  • Share:

You Might Also Like

3 comments